241) PROJEK PEMULIHAN JALAN KAMPUNG DAN PERABUTNYA YANG SUDAH LAMA ROSAK DI KG. SUNGAI RAMAL DALAM, DAERAH HULU LANGAT, KHUSUSNYA BAGI JALAN DUSUN, DALAN DATO DAGANG, JALAN SELAMAT DAN JALAN SAUJANA.
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Bilakah akan dilaksanakan projek pemulihan jalan kampung dan perabutnya yang sudah lama rosak di Kg. Sungai Ramal Dalam, daerah Hulu Langat, khususnya bagi Jalan Dusun, Dalan Dato Dagang, Jalan Selamat dan Jalan Saujana?
241) LALUAN TEROWONG KG. MATANG PAGAR, MUKIM RAWANG, DAERAH GOMBAK
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah penyelesaian kerajaan terhadap masalah laluan terowong matang pagar yang menjejaskan aktiviti penduduk di beberapa taman-taman perumahan tersebut?
-
Apakah ada laluan Alternatif untuk membantu penduduk-penduduk yang terjejas?
241) Masalah Gangguan Bekalan Air Akibat Sungai Yang Tercemar
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan jangka panjang SYABAS bagi mengatasi masalah gangguan air akibat pencemaran sungai?
-
Bolehkah SYABAS mempertimbangkan untuk membina takungan simpanan air terawat tambahan bagi mengurangkan tempoh masa gangguan sekiranya berlaku lagi masalah pencemaran sungai?
241) PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar dan pendirian kerajaan terhadap fungsi Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Selangor yang terletak di bawah Kerajaan Persekutuan?
-
Adakah pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam program-program yang dilaksanakan oleh PPN Selangor?
242) DESTINASI PELANCONGAN BARU DUN SEKINCHAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila huraikan apakah bantuan dan peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri bagi menjayakan matlamat tersebut ?
-
Sila nyatakan bilakah pihak Kerajaan Negeri akan meluluskan permohonan untuk membina sebuah Muzium Padi di Dun Sekinchan ?
-
Sila nyatakan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang bakal dilakukan oleh Kerajaan bagi memperkasakan sektor pelancongan di Dun Sekinchan ?
242) PERATUS PENCAPAIAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKJ) KEPADA SASARAN LA21 BAGI BANDAR HIJAU
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Berbanding sasaran yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri, berapa peratuskah pencapaian Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) kepada sasaran LA21 bagi Bandar Hijau dan apakah aktiviti-aktivitinya?
242) PENCAWANG MASUK UTAMA TNB
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Senaraikan projek Pencawang Masuk Utama (PMU) TNB yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada 2014
-
Status terkini perlaksanaan projek 500kV PMU Ayer Tawar ke PMU Bentong (S) yang melibatkan Daerah Hulu Selangor
242) Sistem Saliran Dan Perparitan JKR, JPS, PBT, PDT DAN LAIN-LAIN
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Adakah penyelarasan inventori berkaitan bidang kuasa dan infrastruktur seperti jalan, longkang dan projek-projek yang dilaksanakan oleh (JKR), (JPS), (PBT), (PTD) dan agensi-agensi lain telah selesai dilakukan?
-
Adakah sebarang perancangan untuk mencipta satu aplikasi pintar bagi memudahkan urusan terutamanya melibatkan aduan?
242) KEGANASAN DOMESTIK
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah statistik keganasan domestik di Selangor berbanding seluruh negara?
-
Apakah inisiatif bagi mengurangkan berlakunya keganasan domestik?
242) AKSES SISTEM INISIATIF KERAJAAN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
-
Rakyat kerap menghubungi pihak ADN pembangkang berkaitan Program Inisiatif Kerajaan Selangor seperti BINGKAS, Baucer Warga Emas kerana wakil kerajaan seperti penghulu dan penyelaras tidak dapat dihubungi atau main tarik tali. Bolehkah ADN Pembangkang diberikan akses untuk sistem tersebut?