241) HAKMILIK TANAH
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan butiran terperinci jumlah bilangan hakmilik tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 sehingga kini mengikut pecahan daerah dan kaum ?
-
Sila nyatakan setakat manakah pencapaian yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri dalam konteks meluluskan hakmilik tanah secara berkelompok ?
-
Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi oleh pihak Kerajaan Negeri dalam usaha menyelesaikan hakmilik tanah khususnya melalui kaedah permohonan secara berkelompok ?
241) DIGITALISASI PERNIAGAAN PASAR AWAM
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk membantu penyewa-penyewa gerai pasar awam untuk membina aplikasi atau platform atas talian untuk memulakan perniagaan atas talian?
-
Apakah usaha kerajaan bagi membantu penyewa-penyewa gerai pasar awam untuk mengembangkan perniagaan mereka?
241) LOJI RAWATAN AIR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembinaan Loji Rawatan Air Semenyih 2, Langat 2 dan Labohan Dagang berbanding dengan jangkaan sebenar?
241) PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar dan pendirian kerajaan terhadap fungsi Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Selangor yang terletak di bawah Kerajaan Persekutuan?
-
Adakah pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam program-program yang dilaksanakan oleh PPN Selangor?
241) RANCANGAN TEMPATAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri dalam pengenaan syarat pendengaran awam untuk projek pembangunan di Selangor walaupun PBT telah mempunyai Rancangan Tempatan?
-
Jika jawapan (a) adalah tidak memerlukan pendengaran awam, bagaimanakah Kerajaan Negeri memenuhi konsep 'Local Agenda 21' yang mementingkan perbincangan bersama?
241) LALUAN TEROWONG KG. MATANG PAGAR, MUKIM RAWANG, DAERAH GOMBAK
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah penyelesaian kerajaan terhadap masalah laluan terowong matang pagar yang menjejaskan aktiviti penduduk di beberapa taman-taman perumahan tersebut?
-
Apakah ada laluan Alternatif untuk membantu penduduk-penduduk yang terjejas?
241) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini bilangan projek rumah Selangorku yang telah siap, sedang dibina dan dalam perancangan di daerah Hulu Selangor?
241) PENDIDIKAN TINGGI UIS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
-
Selepas dinaik taraf, apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu UIS?
-
Berapakah jumlah peruntukan tahunan untuk pengurusan yang disalurkan untuk UIS mulai tahun 2021?
-
Berapakah jumlah pelajar UIS yang menerima biasiswa/ pinjaman pendidikan Kerajaan Negeri Selangor mulai 2021?
241) INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Mohon nyatakan jumlah yang perlu dibayar dan pembayaran yang telah dibuat kepada kerajaan persekutuan untk perkhidmatan air?
-
Selain golongan B40, Adakah kerajaan akan mempertimbangkan pemberian air percuma kepada kumpulan M40 juga?
241) PRESTASI BAJET SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah sebab-sebab prestasi perbelanjaan Bajet 2021 Negeri Selangor sehingga Jun 2021 begitu rendah?
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Selangor untuk meningkatkan prestasi perbelanjaan negeri dengan segera?