241) PERUNTUKAN KEPADA YDP UNTUK KERJA-KERJA INDEN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah peruntukan kepada YDP dan Datuk Bandar untuk melaksanakan kerja-kerja inden di setiap kerajaan tempatan setiap tahun?
-
Senaraikan kegunaan peruntukan ini bagi tahun 2015 untuk setiap PBT
241) BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan untuk mengembelengkan tenaga dan bantuan daripada NGO dalam pembangunan masyarakat?
-
Apakah insentif yang dirancang untuk membantu perkembangan sektor NGO?
-
Adakah pertimbangan pengecualian cukai taksiran dan cukai tanah dipertimbangkan untuk NGO?
241) PEMBANGUNAN LOOK UP POINT BUKIT AMPANG
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembangunan Look Up Point Bukit Ampang?
241) OSCC
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah berkesannya pelaksanaan OSCC?
-
Apakah peranan ADUN dalam menjayakan MES di bawah program OSCC ini?
-
Apakah seperti program-program Tuisyen Rakyat, Pusat Komuniti Wanita dan Pusat Dialisis Rakyat, program untuk mempromosikan OSCC ini akan dilaksanakan secara langsung melalui ADUN?
241) PENGECUALIAN TNB UNTUK MENYEDIAKAN LAPORAN EIA DAN SIA UNTUK PEMASANGAN TNB PYLON
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Mengapakah Kerajaan Negeri meluluskan rayuan TNB supaya tidak menyediakan laporan EIA dan SIA untuk pemasangan TNB Pylon di Zon 24 MPAJ?
-
Adakah TNB mengemukakan alasan bertulis sebab laluan bawah tanah untuk pemasangan kabel TNB Nasional Grid tidak boleh dilakukan?
241) PEMILIKAN DAN PERMOHONAN TANAH OLEH KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan pekeliling yang membenarkan pegawai kerajaan negeri untuk memohon serta memiliki tanah dan perumahan kos rendah.
-
Apakah polisi kerajaan negeri yang terbaru dalam membenarkan kakitangan kerajaan memohon tanah dan membeli rumah kos rendah atau kemudahan lain kerajaan negeri?
-
Badan manakah yang bertanggungjawab memproses dan meluluskan segala permohonan tersebut?
241) SUKA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Seperti penyelia PWB dan PeBS, tanggungjawab ketua SUKA bagi setiap DUN menjadi semakin berat untuk membantu kerajaan menjalankan program saringan kesihatan dan bantuan-bantuan kesihatan yang lain. Adakah kerajaan berancang untuk menjadikan jawatan ini sebagai jawatan sambilan seperti PWB dan PeBS?
241) INSTITUT LATIHAN JATIDIRI (ILJAS) DI SUNGAI TEGAR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah status projek ini?
-
Berapakah kos yang telah dibelanjakan?
-
Pihak manakah yang menguruskan penyelenggaraan dan segalanya termasuk pembayaran gaji dan bil-bil berkaitan?
241) PROJEK NAIK TARAF JALAN REKO
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini projek naik taraf Jalan Reko, Kajang?
241) LORI PEMAMPAT SAMPAH KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan terkini jumlah keseluruhan yang dibeli serta kos penyelenggaraan sejak dibeli?
-
Berapakah bilangan lori diserah pada PBT? senaraikan.
-
Adakah ia efektif untuk penyewaan kepada kontraktor yang menghadapi masalah kerosakan lori kompaktor?