241) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini bilangan projek rumah Selangorku yang telah siap, sedang dibina dan dalam perancangan di daerah Hulu Selangor?
241) PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar dan pendirian kerajaan terhadap fungsi Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Selangor yang terletak di bawah Kerajaan Persekutuan?
-
Adakah pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam program-program yang dilaksanakan oleh PPN Selangor?
241) RANCANGAN TEMPATAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri dalam pengenaan syarat pendengaran awam untuk projek pembangunan di Selangor walaupun PBT telah mempunyai Rancangan Tempatan?
-
Jika jawapan (a) adalah tidak memerlukan pendengaran awam, bagaimanakah Kerajaan Negeri memenuhi konsep 'Local Agenda 21' yang mementingkan perbincangan bersama?
241) LALUAN TEROWONG KG. MATANG PAGAR, MUKIM RAWANG, DAERAH GOMBAK
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah penyelesaian kerajaan terhadap masalah laluan terowong matang pagar yang menjejaskan aktiviti penduduk di beberapa taman-taman perumahan tersebut?
-
Apakah ada laluan Alternatif untuk membantu penduduk-penduduk yang terjejas?
241) Masalah Gangguan Bekalan Air Akibat Sungai Yang Tercemar
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan jangka panjang SYABAS bagi mengatasi masalah gangguan air akibat pencemaran sungai?
-
Bolehkah SYABAS mempertimbangkan untuk membina takungan simpanan air terawat tambahan bagi mengurangkan tempoh masa gangguan sekiranya berlaku lagi masalah pencemaran sungai?
241) PENDIDIKAN TINGGI UIS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
-
Selepas dinaik taraf, apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu UIS?
-
Berapakah jumlah peruntukan tahunan untuk pengurusan yang disalurkan untuk UIS mulai tahun 2021?
-
Berapakah jumlah pelajar UIS yang menerima biasiswa/ pinjaman pendidikan Kerajaan Negeri Selangor mulai 2021?
241) PRESTASI BAJET SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah sebab-sebab prestasi perbelanjaan Bajet 2021 Negeri Selangor sehingga Jun 2021 begitu rendah?
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Selangor untuk meningkatkan prestasi perbelanjaan negeri dengan segera?
241) PENEMPATAN WARGA ASING YANG TIDAK TERKAWAL DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri terhadap warga asing ini?
241) NELAYAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Setakat Oktober 2024, berapakah jumlah terkini jeti-jeti nelayan yang tidak mempunyai permit di daerah Sabak Bernam dan bagaimanakah keadaan jeti-jeti tersebut?
-
Apakah usaha-usaha kerajaan dalam membantu jeti-jeti persendirian yang telah usang dan uzur?
-
Apa perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang kerajaan memandangkan tiada pengeluaran benih kerang di Sabak Bernam pada tahun 2023?
241) RANCANGAN MALAYSIA KE 11 UNTUK NEGERI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan rancangan pembangunan Malaysia ke-11 khusus untuk negeri Selangor
-
Adakah perancangan pembangunan RM ke-11 Selangor melibat semua lapisan masyarakat termasuk ADUN?
-
Apakah rasional keputusan perancangan tersebut?