23) PENCEMARAN AIR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan langkah langkah Kerajaan Negeri untuk mencegah sumber air agar bekalan air bersih agar tidak tercemar?
-
Senaraikan kerja baik pulih kawasan tadahan air dan simpanan air bersih di Selangor serta kos operasi tersebut bagi tahun 2019?
23) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan yang telah diaturkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor bagi sambutan Tahun Melawat Selangor 2025 ini?
-
Berapakah anggaran pengunjung akan melawat Selangor pada tahun ini?
23) PENINGKATAN WABAK DENGGI DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah untuk mengawal penyebaran wabak denggi daripada terus menular?
-
Nyatakan statistik terkini mangsa denggi mengikut PBT?
-
Nyatakan jumlah dan lokasi ÔhotspotÕ di Selangor mengikut PBT?
23) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Bilakah perkhidmatan Bas Smart Selangor akan memasuki ke kawasan Pandamaran dan Pelabuhan Klang?
-
Apakah kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri bagi meluaskan perkhidmatan Bas Smart Selangor di Pandamaran Dan Pelabuhan Klang?
23) PEMBANGUNAN SEKTOR PELANCONGAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak sumbangan sektor pelancongan kepada pendapatan Kerajaan Negeri pada tahun 2008?
-
Meminta satu pecahan sumbangan ini mengikut jenis-jenis pelancongan
-
Meminta satu senarai destinasi-destinasi pelancongan di Selangor di mana potensinya masih belum berkembang penuh
23) ISU JALAN DAN LONGKANG DIBAWAH PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (PLB)
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
-
Adakah PLB diberikan peruntukan untuk menyelenggara dan membaiki jalan-jalan dan longkang dibawah seliaan PLB dan sekiranya ada berapakah jumlah peruntukan tersebut?
-
Adakah PLB diberikan peruntukan kecemasan untuk membaiki jalan-jalan dan longkang yang rosak akibat bencana alam?
23) PERUNTUKAN ADUN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Bertulis
-
YB EXCO Sri Kembangan pernah menyatakan bahawa Kerajaan Selangor memberi RM500 Ribu kepada setiap ADUN tetapi peruntukan di Kawasan DUN yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional akan diuruskan oleh EXCO Kerajaan Selangor atau penyelaras Pakatan Rakyat. Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan untuk mengelakkan kesalahguna peruntukan tersebut?
-
Adakah masalah kesalahguna peruntukan berlaku di Negeri Selangor?
-
Sila nyatakan dengan terperinci pemberian peruntukan bagi N6 Kuala Kubu Baru pada tahun 2008 hingga 2011. Senaraikan penggunaan peruntukan ini daripada yang tertinggi hinggalah kepada yang terendah.
23) HUTANG TALAM CORPORATION
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri telah melakukan pengambil alihan hutang Talam melalui kaedah "round tripping" yang membabitkan wang sejumlah RM 391.7 juta. Kita percaya pengambil alihan ini dilakukan mengikut lunas undang-undang dan peraturan. Justeru mohon dinyatakan: Apakah nama bank yang terbabit dalam urusan ini dan berapakah faedah yang dibayar oleh kerajaan negeri bagi urusan ini?
-
Siapakah peguam yang mengendalikan proses ini dan berapakah kos?
-
Sehingga 30 September 2010, berapakah jumlah hutang yang telah dibayar oleh Talam Corporation dan dalam bentuk apa?
23) PUSAT KEBUDAYAAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah kedudukan projek Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor tidak lama dahulu?
-
Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam projek Pusat-Pusat Kebudayaan tersebut?
-
Bilakah tarikh sebenar Pusat Kebudayaan tersebut boleh beroperasi sepenuhnya untuk kunjungan orang ramai?
23) PENGURANGAN BAYARAN PREMIUM TANAH
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Bertulis
-
Apakah cara kerajaan untuk membantu mereka-mereka yang telah ditawarkan tanah tetapi tidak mampu untuk membayar premium sedangkan hanya itu harapan mereka untuk memiliki harta seperti berlaku di Taman Timah Langat, Dengkil?