239) MENAIKTARAF INFRASTRUKTUR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk menaik taraf / pembaikan infrastruktur Taman Permainan / Rekreasi mengikut susunan tahun dari 2008 sehingga bulan Mac,2013 dan menyenaraikannya mengikut susunan Daerah Negeri Selangor?
239) JENIS BANTUAN NELAYAN KECIL
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kerajaan negeri boleh membantu nelayan sekala kecil yang terjejas pendapatan pada musim tengkujuh?
239) SKIM MESRA USIA EMAS
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan SMUE untuk diberikan secara tahunan sebanyak RM100 kepada warga emas akan dilaksanakan?
-
Bilakah ianya hendak di laksanakan?
-
Apakah KPI tempoh masa untuk pembayaran fasa kedua SMUE oleh pejabat daerah kepada waris penerima?
239) GUNATANAH KAMPUNG BARU
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Senaraikan kampung-kampung baru yang sebahagian tanahnya atau keseluruhan tanahnya telah dizonkan sebagai kawasan zon industri menurut rancangan tempatan PBT.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang projek penempatan semula kampung baru sekiranya perancangan gunatanah kampung tersebut bukan untuk kediaman lagi.
239) PEMANGKASAN POKOK
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Bilakah kerja pemangkasan pokok di DUN Meru akan di mulakan sebagaimana yang diumumkan di dalam sesi Sidang Dewan Negeri yang lepas?
239) STATUS PELAKSANAAN PENYELESAIAN YANG DICAPAI PADA 7 APRIL 2016 DAN 23 MEI 2016 TENTANG MASALAH PEMINDAHAN PENEROKA-PENEROKA DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Selepas penyelesaian dicapai pada 7/4/2016 dan 23/5/2016, tidak dilihat sebarang kemajuan di tapak projek. Apa yang telah berlaku tentang perkara ini?
-
Apakah Rakyat berkenaan kini menunggu?
-
Bila Rakyat berkenaan dapat menandatangani perjanjian jual beli dengan harga belian RM99,000.00?
239) JALAN ROSAK DISEBABKAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN UTILITI
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewajibkan pihak utiliti menurap baru keseluruhan jalan yang dikorek oleh mereka bagi kerja-kerja pembaikan utiliti berbanding kerja-kerja penampalan jalan sehingga menyebabkan jalan tersebut seringkali rosak dan tidak rata?
239) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan MARRIS yang diterima oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2011, 2012 dan 2013 dan perbelanjaan sebenar yang disalurkan kepada semua PBT bagi tahun-tahun berkenaan ?
239) BUFFER ZONE DI TEPI LAUT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Apakah jarak rizab dan buffer zone di tepi laut ?
-
Adakah tindakan di ambil untuk mengekalkan buffer zone di Assam Jawa, Bukit Melawati ?
-
Adakah tindakan diambil untuk tanam balik bakau yang di musnahkan di kawasan Assam Jawa?
239) STATUS BANGUNAN ILJAS, KAMPUNG SUNGAI TEGAR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah status bangunan milik Kerajaan Negeri Selangor ILJAS di Kampung Sungai Tengar yang terbiar tanpa sebarang aktiviti?
-
Adakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengaktifkannya?