239) MEMBENTERAS GEJALA DAN PENYAKIT DENGGI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Sejak Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Negeri Selangor, berapakah jumlah kematian akibat diserang demam denggi?
-
Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi gejala demam denggi ini daripada menyuruh rakyat menangani masalah tersebut secara sendiri?
-
Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor tidak mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes ini tetapi sentiasa mewarwarkan kepada rakyat agar mengambil langkahlangkah mereka sendiri?
239) KES DENGGI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan program dan gerak kerja mengikut daerah yang telah dilakukan untuk membasmi masalah denggi kawasan perumahan dan kawasan kilang?
-
Nyatakan program atau aktiviti di peringkat negeri Selangor bagi tahun 2018-2020 yang dirancang untuk program pembasmian denggi?
239) DATA PESAKIT COVID-19 DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor diberikan data yang lengkap daripada pihak KKM untuk membendung penularan COVID-19?
-
Apakah data-data yang tidak diberikan oleh pihak KKM kepada Negeri Selangor?
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri dalam membantu untuk membendung penularan wabak COVID-19 di negeri ini?
239) KAMPUNG TRADISI DAN KAMPUNG BARU
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kampung-kampung tradisi Melayu, kampung baru Cina dan India yang terdapat kekeliruan status hak milik tanah yang melibatkan isu tanah rizab, pengukuran, pertindihan lot atau pengambilan tanah oleh kerajaan atau agensi kerajaan, dari tempoh 10 tahun lepas?
-
Apakah ciri-ciri utama yang membezakan antara kampung tradisi di Selangor dengan kampung-kampung lain?
-
Apakah pengisian yang terkandung di dalam inisiatif program pemutihan kampung tradisi Melayu yang dilaksanakan oleh PBN?
239) KEGIATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Apakah program yang telah dirancang mengenai kebudayaan dan kesenian sejak tahun 2008?
-
Apakah polisi kerajaan mengenai kebudayaan dan kesenian di Negeri Selangor?
-
Cara-cara untuk menggalakkan orang ramai berminat dalam bidang ini.
239) POLIS BANTUAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah polis bantuan yang telah ditempatkan di Negeri Selangor mengikut pecahan PBT bagi tahun 2008-2015.
-
Apakah strategi yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mewujudkan komuniti yang selamat dan mengurangkan kadar jenayah dalam Negeri Selangor?
239) RIZAB PBT
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah rizab PBT yang telah dibelanjakan dan akan dibelanjakan khususnya bagi menaik taraf kemudahan dan prasarana asas bagi tahun 2024?
239) PEMBINAAN WAYAR BERVOLTAN TINGGI OLEH TNB MELALUI KAWASAN CHERAS HARTAMAS
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Adakah projek tersebut dapat kelulusan teknikal dari Pejabat Daerah, MPAJ dan kerajaan Negeri Selangor. Sila lampirkan semua dokumen-dokumen yang berkenaan
-
Pihak manakah yang meluluskan tapak untuk pembinaan tersebut?
-
Dalam apakah keadaan projek tersebut boleh ditangguhkan atau dipindah?
239) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah rumah mampu milik yang telah dibina di Selangor pada tahun 2014 mengikut daerah?
-
Berapakah jumlah rumah mampu milik yang sudah terjual pada tahun 2014 mengikut daerah?
239) ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) DALAM SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pekerja OKU dalam sektor perkhidmatan awam di Selangor?
-
Senaraikan jawatan dan jenis perkhidmatan yang dipegang oleh mereka?