238) PRESTASI PENYELENGGARAAN BANGUNAN ANNEX DAN SUK
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Adakah prestasi kerja-kerja penyelenggaraan ini memuaskan?
-
Apakah tindakan yang diambil sekiranya terdapat aduan berkenaan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan?
-
Adakah kerajaan bercadang menyambung kontrak bagi syarikat-syarikat yang telah tamat tempoh kontrak?
238) STATUS PEMBAHARUAN TANAH PAJAKAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Apakah status permohonan PTD.P 2A/BPJ 246/2012 & PTD.P 2A/BPJ 247/2012?
-
Sila butirkan kronologi permohonan ini.
-
Apakah faktor yang melambatkan permohonan ini daripada mencapai KPI?
238) PENGURANGAN CUKAI TAKSIRAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Memandangkan keadaan ekonomi semasa, adakah Kerajaan Negeri bercadang mengurangkan cukai taksiran di setiap PBT?
-
Jika jawapan ya atau tidak, sila nyatakan sebab dan berikan butir-butir
238) DEWAN ORANG RAMAI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri ada merancang untuk menambah dewan orang ramai yang lebih besar dan strategik di sekitar Daerah Gombak khususnya di DUN Taman Templer?
238) PENYAKIT TANAMAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan kajian terperinci berkenaan penyakit tanaman yang semakin membimbangkan petani ketika ini?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan harga produk-produk pengawal penyakit tanaman tidak dinaikkan sesuka hati sehingga menyusahkan petani?
238) PERTANIAN MODEN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan penggunaan teknologi untuk industri pertanian?
-
Adakah Kerajaan telah mengenalpasti industri pertanian yang boleh difokuskan khususnya yang berpotensi memberi pulangan yang tinggi sesuai dengan kawasan-kawasan pertanian yang telah tersedia?
239) AHLI MAJLIS PBT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah dan peratus ahli majlis PBT yang dilantik berada dan tinggal di luar Kawasan PBT berkenaan bagi tahun 2023 bagi seluruh PBT di Selangor?
239) STESEN/ ALAT PENGECAS EV
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini tentang inisiatif atau usaha Kerajaan Negeri dalam pemasangan stesen/ alat pengecas EV?
-
Setakat ini, berapakah jumlah stesen/ alat pengecas EV yang telah direkodkan mengikut PBT?
239) PEGAWAI-PEGAWAI ATASAN DI MBPJ
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Memohon diberi senarai penuh semua pegawai di Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang berpangkat gred 48 dan ke atas serta maklumat, pengalaman kerja, sejarah perjawatan, semua keraian, elaun, gaji pokok, imbuhan, ganjaran dan bonus yang diterima oleh setiap satu daripada mereka pada masa sekarang.
239) PENGANGGURAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah punca-punca pengangguran?
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai program menangani masalah tersebut?