238) PELANCONGAN EKO-PELANCONGAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan dalam pembangunan sektor Eko-Pelancongan?
-
Berapa jumlah peruntukan yang telah digunakan dalam usaha membangunkan sektor Eko-Pelancongan?
-
Apakah status pembangunan Pulau Angsa dan Taman Alam Kuala Selangor sebagai hub Eko-Pelancongan dan perancangan bagi "Long-Term Sustainability"?
238) PRESTASI PENYELENGGARAAN BANGUNAN ANNEX DAN SUK
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Adakah prestasi kerja-kerja penyelenggaraan ini memuaskan?
-
Apakah tindakan yang diambil sekiranya terdapat aduan berkenaan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan?
-
Adakah kerajaan bercadang menyambung kontrak bagi syarikat-syarikat yang telah tamat tempoh kontrak?
238) PENGURANGAN CUKAI TAKSIRAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Memandangkan keadaan ekonomi semasa, adakah Kerajaan Negeri bercadang mengurangkan cukai taksiran di setiap PBT?
-
Jika jawapan ya atau tidak, sila nyatakan sebab dan berikan butir-butir
238) DEWAN ORANG RAMAI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri ada merancang untuk menambah dewan orang ramai yang lebih besar dan strategik di sekitar Daerah Gombak khususnya di DUN Taman Templer?
238) PENYAKIT TANAMAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan kajian terperinci berkenaan penyakit tanaman yang semakin membimbangkan petani ketika ini?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan harga produk-produk pengawal penyakit tanaman tidak dinaikkan sesuka hati sehingga menyusahkan petani?
238) PERTANIAN MODEN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan penggunaan teknologi untuk industri pertanian?
-
Adakah Kerajaan telah mengenalpasti industri pertanian yang boleh difokuskan khususnya yang berpotensi memberi pulangan yang tinggi sesuai dengan kawasan-kawasan pertanian yang telah tersedia?
238) KEGAGALAN PEMAJU
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan Negeri terhadap pemaju yang gagal menyerahkan dewan, tadika dan kemudahan awam lain seperti syarat bina dan serah ?
-
Nyatakan jumlah kegagalan ini bagi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan jelaskan apakah puncanya ?
238) KEBAJIKAN BEKAS PEKERJA LADANG YANG TUA DAN SAKIT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan untuk membantu bekas pekerja ladang yang tidak mempunyai pencen dan sudah dilanda banyak penyakit ?
-
Bagaimana dengan kesinambungan pendidikan anak mereka kerana sudah putus punca pendapatan?
238) SKIM SMART SEWA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan bercadang untuk mengembangkan khidmat Skim Smart Sewa kepada pelajar universiti untuk menyewa pada kadar yang bersesuaian?
-
Berapakah bilangan penerima manfaat dari program Smart Sewa setakat ini?
238) HUTAN SIMPAN DI DALAM DUN IJOK
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keluasan hutan simpan di dalam DUN Ijok dan adakah terdapat rancangan meneroka hutan simpan ini pada masa akan datang?
-
Apakah rancangan terkini Jabatan Perhutanan bagi hutan simpan khususnya di dalam DUN Ijok dari sudut pemuliharaan dan pemeliharaan biodiversiti serta kemalaran hutan itu sendiri?