237) Pandemik COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan negeri Selangor untuk mengatasi penularan wabak covid-19 yang telah meningkat secara mendadak di Selangor ketika ini?
-
Sejauh manakah keberkesanan kempen cegah covid-19 yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri kepada rakyat Selangor?
237) FASILITI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai perancangan untuk menambah baik fasiliti di Mahkamah Rendah Syariah di setiap daerah, khususnya Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat yang semakin uzur dan banyak kerosakan fasiliti berlaku?
237) PUSAT RAWATAN PESAKIT YANG POSITIF COVID-19
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk menempatkan pesakit yang positif COVID-19 yang semakin ramai?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membina hospital-hopital sementara bagi menampung jumlah pesakit yang positif COVID-19 yang semakin ramai?
237) MENDIGITALISASIKAN SMUE
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah status cadangan untuk mendigitalisasikan proses pendaftaran dan penebusan SMUE?
237) KILANG HARAM
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
-
Apakah kaedah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan pihak PBT dapat mengenal pasti kilang-kilang yang beroperasi secara haram?
-
Bolehkah Kerajaan Negeri memberikan jumlah kilang haram yang telah dikenalpasti di DUN Ijok bagi tahun 2022, 2023 dan 2024 dan apakah jumlahnya semakin berkurang?
237) PENDAPATAN PASIR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah dan lokasi pasir yang dikeluarkan oleh syarikat negeri sejak 2008 hingga 2016.
-
Nyatakan jumlah nilai hasil jualan pasir yang dikeluarkan dalam tempoh tersebut.
237) STATUS SOALAN BERTULIS SIDANG YANG LEPAS MASIH TAK DIJAWAB
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Bilakah jawapan tersebut boleh diperolehi ?
-
Berapa lamakah tempoh ia boleh diperolehi selepas sidang dewan?
-
Bagaimanakah status soalan yang masih belum terjawab sehingga sidang baru akan bermula lagi?
237) TAMAN CAHAYA ALAM (BUKIT CERAKAH)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri akan terlibat membangunkan Taman Botani Negara Shah Alam (Bukit Cerakah)?
-
Apakah Kerajaan Negeri akan mengiktiraf pengusaha yang pernah melabur dan membangunkan mana-mana bahagian di taman tersebut?
-
Apakah Kementerian Pertanian mempunyai perjanjian untuk mendapatkan hak mutlak ke atas taman tersebut?
237) PERUNTUKAN DARI KERAJAAN PUSAT
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan dengan detail berapakah jumlah peruntukan dan geran wajib yang diterima daripada Kerajaan Pusat pada tahun 2008?
-
Sila senaraikan jumlah keseluruhan peruntukan dan geran wajib yang sepatutnya disalurkan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan turut senaraikan juga peruntukan di bawah Perlembagaan Perkara 109 (1)(b).
237) SMUE
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Penerima SMUE mengalami banyak halangan untuk menerima baucher seperti mereka yang tidak boleh berjalan, perlu bekerja pada hari perlaksanaan atau tiada kenderaan untuk pergi ke pasaraya yang tertentu. Adakah pihak kerajaan akan menimbangkan cara lain untuk memudahkan proses perlaksanaan SMUE?