237) YAYASAN BASMI KEMISKINAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah aset baik dalam bentuk tanah ataupun kewangan yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada Yayasan Basmi Kemiskinan sejak penubuhan yayasan tersebut pada tahun 1990 hingga 2010?
-
Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi memastikan bahawa sumbangan yang diberikan oleh kerajaan negeri ini adalah digunakan dengan sebaiknya oleh yayasan tersebut?
237) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah "internet penetration rate" negeri Selangor?
-
Sila senaraikan kontraktor yang membekalkan Wifi Selangorku sejak 2010.
-
Nyatakan sama ada tender terbuka diadakan dalam pelantikan kontraktor? Jika tidak, mengapa?
237) KEMUDAHAN JALUR LEBAR UNTUK BANGUNAN BARU
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan akan menetapkan dasar mensyaratkan bangunan-bangunan baru yang akan didirikan di Selangor dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar sebagai satu langkah untuk mempertingkatkan penggunaan internet oleh rakyat Selangor?
237) PENYELESAIAN ISU HAKMILIK STRATA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status hakmilik strata pangsapuri di DUN Kampung Tunku: Residency Park 51 @Park 51 Residency (Lot 23513), Impian Seri Setia (Lot 23514) dan Boulevard 51 @Park 51 (Lot 23515).
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan pengeluaran hak milik strata?
237) PASAR BESAR KLANG JALAN MERU
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah status baikpulih dan naik taraf pasar tersebut?
-
Apakah halangan perlaksanaan pengurusan kebersihan, laluan pengunjung dan gerai?
-
Apakah pihak MPK sudah tidak dapat formula penyelesaian tersebut?
237) JALAN KAMPUNG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Bilakah program pelebaran jalan utama Kg. Sungai Ramal Dalam akan dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah ‘bottle neck' di pertemuan jalan Kg. Sungai Ramal dalam dengan seksyen 8 Bandar Baru Bangi?
237) ISU JENAYAH DAN KESELAMATAN BERPUNCA DARIPADA WARGA ASING
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan akan mengambil langkah-langkah lebih ketat memandangkan banyak dilaporkan berlaku jenayah pembunuhan, rompakan, penipuan dan pencabulan daripada warga asing di Selangor kebelakangan ini?
-
Jika ya, nyatakan langkah-langkah tersebut?
-
Pohon statistik 5 tahun (2011-2015) jenayah warga asing di Selangor
237) SMUE
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Penerima SMUE mengalami banyak halangan untuk menerima baucher seperti mereka yang tidak boleh berjalan, perlu bekerja pada hari perlaksanaan atau tiada kenderaan untuk pergi ke pasaraya yang tertentu. Adakah pihak kerajaan akan menimbangkan cara lain untuk memudahkan proses perlaksanaan SMUE?
237) TANAMAN HERBA RAKYAT
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar kerajaan terhadap penanaman herba bagi perubatan alternatif di kalangan rakyat?
-
Apakah program dan insentif kerajaan dalam merakyatkan penanaman herba?
-
Apakah program yang dirancang untuk memperkenalkan khasiat herba sebagai pencegahan penyakit dan perubatan?
237) HADIAH PENGAJIAN IPT
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penerima dari tahun 2018 sehingga kini mengikut DUN?
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk meningkatkan jumlah hadiah kepada RM1,500?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperluaskan Hadiah Pengajian IPT kepada pelajar-pelajar yang berjaya menyambung pelajaran di peringkat STPM?