236) BERIKUTAN DENGAN LAPORAN JABATAN METEOROLOGI BARU- BARU INI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Negeri Selangor mungkin dilanda LA NINA. Apakah perancangan kerajaan Negeri Selangor dalam menangani fenomena ini?
236) GERAN TANAH
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan SJKC dan SJKT yang telah mendapat geran tanah daripada Kerajaan Negeri sejak tahun 2008. Sila berikan butir-butir.
236) CARUMAN PERKESO UNTUK KAKITANGAN PUSAT KHIDMAT OLEH KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan boleh pertimbang dan luluskan caruman PERKESO untuk 3 kakitangan yang di tawarkan "Contract For Service "?
236) SUMBANGAN EKONOMI NEGERI KEPADA NEGARA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah tahap sumbangan ekonomi negeri kepada Negara tahun 2014?
-
Apakah ramalan sumbangan ekonomi negeri di tahun 2015?
236) EARLY INTERVENTION PROGRAMME
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang Early Intervention Programme di bawah Kerajaan Negeri Selangor?
-
Senaraikan penerima peruntukan Early Intervention Programme RM 3 juta serta jumlah yang diterima.
236) TAPAK PELUPUSAN SAMPAH
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Jumlah tapak pelupusan sampah di Selangor yang berkelulusan dan tidak berkelulusan dan dimanakah lokasinya?
-
Apakah perancangan kerajaan untuk menangani masalah tapak pelupusan sampah tidak berkelulusan yang kian berleluasa dan menyebabkan pelbagai masalah tempatan.
236) KEMAJUAN PROJEK TEBATAN BANJIR DI KAJANG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah kemajuan projek tebatan banjir di sekitar Kajang bagi memastikan Bandar Kajang tidak lagi mengalami banjir
-
Sejauhmana penambahbaikan telah dan akan dibuat bagi Sungai Langat, Sungai Jeluh, Sg Balak Sungai Merbau dan Sungai Sekamat?
-
Berapakah peruntukan yang dikeluarkan?
236) BANTUAN BENCANA ALAM DI SUNGAI PANJANG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah bantuan yang diberikan kepada mangsa bencana di Sungai Panjang dari 2014-2015?
-
Berapakah jumlah peruntukkan yang telah disalurkan?
236) KUTIPAN TOL
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah pandangan Kerajaan Negeri terhadap permohonan lebuh raya bertol baru di Negeri Selangor, memandangkan manifesto Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke-13 mengandungi hasrat untuk "hapus tol"
236) PENGKALAN DATA / DATA RAYA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan pembangunan data raya Selangor?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri agar proses bantuan kerajaan dapat diselesaikan dengan segera seperti contoh Bantuan Selangor Bangkit?