235) USUL YANG DIBAWA OLEH AHLI DEWAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak usul yang telah dikemukakan oleh Ahli Dewan Negeri Selangor dari tahun 2008 sehingga kini?
-
Berapakah usul yang telah ditolak dan alasannya?
-
Apakah tindakan yang telah diambil terhadap usul-usul yang telah diluluskan?
236) PEMBINAAN RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kelulusan pembinaan rumah ibadat selain Islam dari 2014- 2016 mengikut agama
-
Nyatakan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk membina rumah ibadat selain Islam
236) PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Beberapa langkah yang telah dibuat untuk menghadapi banjir. Apakah faktor-faktor kritikal kejayaan pelbagai latihan yang telah dijalankan?
236) STATUS PELABURAN ASING KE SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Selangor merupakan negeri yang dapat pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia setakat Oktober 2014?
-
Berapa kerapnya Kerajaan Selangor melakukan program menarik pelabur asing di luar negara?
-
Adakah Kerajaan Persekutuan memberi sebarang bantuan untuk menarik pelabur asing ke Selangor?
236) CARUMAN PERKESO UNTUK KAKITANGAN PUSAT KHIDMAT OLEH KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan boleh pertimbang dan luluskan caruman PERKESO untuk 3 kakitangan yang di tawarkan "Contract For Service "?
236) RUMAH SELANGORKU DAERAH KUALA LANGAT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan jumlah unit mengikut spesifikasi size, keluasan rumah harga jualan Rumah Selangorku yang dibina di daerah Kuala Langat.
-
Sila menyatakan nama pemaju yang membina Rumah Selangorku di daerah Kuala Langat.
-
Adakah ADUN dibenarkan untuk membeli Rumah Selangorku dengan mendapat potongan diskaun?
236) LALUAN BARU TREN MASS RAPID TRANSIT (MRT)
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Sejak kebelakangan ini , isu pembinaan tren MRT dari Sg.Buloh Ð Kota Damansara Ð Kajang hangat dibincangkan oleh ramai persatuan penduduk di sekitar laluan tersebut . Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awan Darat (SPAD) kini sedang adakan sesi maklum balas sehingga bulan Mei , 2011. Adakah pihak Kerajaan Negeri memberikan input dan pandangan kepada SPAD mengenai laluan dan pembinaan MRT ini ?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri ingin menyelesaikan masalah penduduk jika timbulnya isu-isu kesesakan trafik, pengambilan tanah, lokasi pembinaan apabila projek ini dimulakan pada bulan Julai nanti
236) BERIKUTAN DENGAN LAPORAN JABATAN METEOROLOGI BARU- BARU INI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Negeri Selangor mungkin dilanda LA NINA. Apakah perancangan kerajaan Negeri Selangor dalam menangani fenomena ini?
236) PENGKALAN DATA / DATA RAYA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan pembangunan data raya Selangor?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri agar proses bantuan kerajaan dapat diselesaikan dengan segera seperti contoh Bantuan Selangor Bangkit?
236) GERAN TANAH
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan SJKC dan SJKT yang telah mendapat geran tanah daripada Kerajaan Negeri sejak tahun 2008. Sila berikan butir-butir.