235) PENDAFTARAN KONTRAKTOR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini usaha pendaftaran kontraktor-kontraktor dan pembekal-pembekal oleh kerajaan Selangor dan berapa ramai kontraktor dan pembekal kredibel yang telah didaftarkan oleh kerajaan sehingga sekarang?
-
Bilakah kerajaan akan bermula mengguna kontraktor-kontraktor ini?
235) MASALAH PASAR BESAR KLANG
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan MPK untuk menyelesaikan masalah ini ?
-
Benarkah terdapat undang-undang atau enakmen yang melarang penjualan barang-barang pasar dalam jarak 3 kilometer dari Pasar Besar Klang ? Sila perjelaskan
-
Mengapakah walau berkali-kali masalah tandas-tandas di Pasar Besar Klang di adukan kepada MPK, namun kontraktor yang sama mendapat kontrak penyelenggaraan tandas-tandas tersebut ? Mengapa tidak diserahkan kepada ramai lagi kontraktor berkemampuan yang lain ?
235) PENGURUSAN AIR NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang untuk memastikan bekalan air di Selangor mencukupi tanpa catuan di masa hadapan?
-
Berapakah kadar pertumbuhan penduduk dan pembangunan di Selangor berbanding jumlah bekalan air sedia ada sehingga tahun 2020?
235) PROGRAM ANAK SELANGOR SIHAT
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan terperinci pihak Kerajaan Negeri dalam memastikan golongan sasaran bagi program Anak Selangor Sihat (ASAS) mendapat manfaat program dan adakah kajian terperinci masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak di Selangor ada dijalankan?
235) Pakej Rangsangan Ekonomi Covid 19
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor melalui rangsangan Ekonomi bagi menangani gelombang besar ketiga Covid-19?
235) KENAIKAN HARGA BAJA DAN RACUN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan kenaikan harga baja dan racun dipasaran tidak membebankan petani terutamanya pesawah padi?
-
Adakah Kerajaaan Negeri melakukan pemantauan berkala terhadap perkara ini?
235) KEMASUKAN PELAJAR KE UNISEL
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kemasukan pelajar ke UNISEL dari tahun 2010 hingga 2016 mengikut sesi
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menambah jumlah pelajar pada tahun 2016?
235) LATIHAN PESAWAH MODEN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan akan melaksanakan libat urus pesawah dalam menangani masalah dan membina kemahiran pertanian moden?
-
Apakah strategi kerajaan bagi tempoh 3 tahun akan datang bagi memastikan pesawah-pesawah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi sekaligus mampu meningkatkan hasil padi mereka?
235) KEBAJIKAN MANGSA PASCA BANJIR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
-
Selain bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), apakah bentuk bantuan lain yang diberikan kepada mangsa pasca banjir?
-
Apakah terdapat bantuan dari segi sokongan emosi kepada mangsa banjir yang sering terjejas seperti di Ijok dan Bestari Jaya?
235) KELUASAN HUTAN SIMPAN KEKAL DAN TANAH RIZAB MELAYU DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Keluasan terkini hutan simpan kekal dan tanah rizab Melayu di Selangor serta pelan tindakan terperinci, jika ada, untuk meningkatkan keluasan ini termasuk sasaran bagi semua jangka masa dan strategi pelaksanaan.