234) PENGUATKUASAAN SAMPAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Adakah denda RM 1000 kepada mereka yang membuang sampah masih dikuatkuasa dan sejauh mana penguatkuasaan itu berlaku?
234) KORIDOR UTILITI SELANGOR (KUSEL)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peratus keberjayaan KUSEL dalam mencapai matlamatnya dalam pengurusan air?
-
Apakah masalah yang dihadapi KUSEL dalam melaksanakan fungsinya di lapangan?
234) GEMPA BUMI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Kebelakangan ini, banyak negara jiran telah pun mengalami gempa bumi yang agak serius. Terdapat beberapa tempat di Negeri Selangor juga mengalami gegaran akibat gempa bumi di negara jiran. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya rakyat Negeri Selangor terhadap gempa bumi?
-
Apakah langkah-langkah pencegahan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap gempa bumi?
234) RUANG PARKIR DI PEJABAT TANAH
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Mulut
-
Saya mendapat maklum balas rakan-rakan Ampang yang menyatakan terdapat parkir khas kepada ADN sehingga 10 slot di Pejabat Tanah, bolehkah ia dibuka kepada awam memandangkan ADN tidak kerap ke premis tersebut?
234) VAKSIN MURID-MURID SEKOLAH
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan dasar terkini berkenaan vaksinasi untuk murid-murid sekolah.
234) INDUSTRI PELANCONGAN YANG TERJEJAS AKIBAT COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah industri pelancongan negeri dalam situasi COVID-19 ini?
234) GOLONGAN MISKIN BANDAR DAN IBU TUNGGAL
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik terkini keluarga miskin bandar dan ibu tunggal yang ada di Selangor.
-
Nyatakan program yang dapat membantu golongan ini untuk menaiktaraf kehidupan mereka
234) LANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH GLC SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Sebarang pelan tindakan menghapuskan atau paling tidak, meminimumkan lantikan politik di Lembaga Pengarah/Pemegang Amanah di kesemua Anak Syarikat Negeri dan sebaliknya memberi peluang kepada golongan professional dan bekas penjawat awam yang kompeten demi prinsip urus tadbir yang baik
234) SELANGOR BUSINESS SCHOOL
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kos penubuhan dan operasi Selangor Business School di bawah Universiti Selangor (UNISEL) di kampus Petaling Jaya sejak tahun 2017.
-
Nyatakan bilangan pelajar di kampus ini secara terperinci dari tahun 2017 dan apakah status operasi Selangor Business School ketika ini?
234) KUASA TENAGA SOLAR MATAHARI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam pembinaan kuasa tenaga solar matahari ?