233) BANJIR KILAT DI LOT 2977 KG. PAYA JARAS TENGAH MUKIM SUNGAI BULOH 1
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah ada mekanisme oleh kerajaan negeri terhadap pemilik tanah yang menutup longkang sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku di lot tersebut?
-
Apakah ada peruntukan khas untuk penyelenggaraan dalam lot-lot yang mempunyai sistem perparitan gunasama?
233) KADAR PASARAN GRADUAN UNISEL
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah terkini graduan UNISEL?
-
Nyatakan peratusan pelajar yang masih menganggur selepas 6 bulan tamat belajar?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memasarkan graduan UNISEL?
233) MASALAH KILANG HARAM DI MERU
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Berapakah kilang haram yang terdapat di dalam DUN Meru?
-
Apakah tindakan yang telah diambil untuk mengatasi kilang haram ini?
-
Berapakah kilang haram di Meru yang telah diputihkan setakat ini?
233) DANA MIKRO KREDIT DAN IKS
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Perincian mengenai kesemua institusi mikrokredit dan skim perusahaan kecil dan sederhana Kerajaan Negeri termasuk objektif; industri tumpuan; jenis intervensi; pencapaian berbanding sasaran sejak penubuhan dari segi bilangan penerima, jumlah kredit, kadar pembayaran semula dan sebagainya
233) PERATUSAN WANITA DI SEMUA PERINGKAT PEMBUAT DASAR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah rancangan Kerajaan melalui Institut Wanita Berdaya bagi mencapai sasaran 30 peratus wanita di dalam semua peringkat pembuat dasar dan keputusan di bawah kerajaan?
-
Sejauh manakan konsistensi pencapaian sasaran tersebut setakat ini sejak Dasar Wanita Selangor diperkenalkan?
233) PERMASALAHAN PENGANGKUTAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah cadangan Kerajaan Negeri tentang permasalahan kesesakan jalan raya terutama di kawasan bandar seperti Petaling Jaya?
-
Bilakah dapat dilaksanakan projek pengangkutan awam yang berkesan?
233) SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini SFV?
-
Nyatakan secara terperinci kos pengurusan SFV
233) SUMBER AIR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan menghadapi kekurangan bekalan air dalam jangka masa 20 tahun yang akan datang?
-
Apakah rancangan kerajaan dalam pengurusan air untuk menjamin pembekalan yang mencukupi selepas pengambilan balik kuasa daripada Syabas?
233) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan terhadap kontraktor yang berprestasi buruk?
-
Apakah faktor utama wujudnya kontraktor yang berprestasi buruk?
-
Sejauh manakah persiapan kerajaan negeri dalam pelaksanaan pembahagian sampah mengikut jenis?
233) WANITA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pelantikan penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB)?
-
Apakah kekangan atau masalah pihak kerajaan dalam membuat perlantikan PWB yang baru?
-
Apakah petunjuk prestasi Penyelia PWB yang ditetapkan dalam mereka melaksanakan tugasan/program?