232) CADANGAN MENAIK TARAF FT01
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Perancangan untuk menaik taraf Jalan FT01 dari Lotus Rawang sehingga Kampung Lee Kim Sai, Rawang.
-
Adakah kerajaan merancang untuk menaik taraf "Little India" di Jalan Welman, yang terletak dalam jajaran FT01, sebagai destinasi pelancongan?
232) PERUNTUKAN NEGERI SELANGOR UNTUK WABAK COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan utama Jawatankuasa Khas Covid-19 Negeri Selangor?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri di dalam penambahbaikan sosiobudaya pekerja asing kesan daripada wabak Covid-19?
-
Berapakah peruntukan kewangan yang telah dibelanjakan melalui Jawatankuasa ini?
232) SKIM PEDULI SIHAT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah penerima Skim Peduli Sihat selepas kemaskini dilaksanakan
-
Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri memandangkan 37% penerima Skim Peduli Sihat yang dipilih adalah bukannya pengundi dari DUN Kuala Kubu Bharu tetapi telah mengambil kouta DUN tersebut?
232) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Perkembangan terkini penstrukturan semula industri air Selangor terutama pengambilalihan SPLASH dan pencapaian semua tawaran berkaitan air dalam manifesto PRU13 di samping hasil sebarang kajian kebolehlaksanaan penaiktarafan dan/atau penggantian paip saluran air serta tata cara pelaksanaan dan pemantauan
232) POTENSI PELANCONGAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri telah mengenal pasti lokasi pelancongan baharu yang berpotensi memberi pulangan ekonomi?
-
Nyatakan jumlah peruntukan Kerajaan Negeri untuk menggiatkan sektor pelancongan dari 2014-2016.
232) PESERTA HIJRAH DALAM PERUSAHAAN LADANG CENDAWAN SIJANGKANG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status penyelesaian kepada pengusaha atau peserta Hijrah dalam perusahaan ladang cendawan Sijangkang yang sudah tidak beroperasi lagi?
232) KDEB WASTE MANAGEMENT SDN BHD
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Senaraikan aset yang dimiliki oleh KDEB Waste Management dan hutang kepada Kerajaan Negeri Selangor?
-
Nyatakan kos operasi KDEB sepanjang tahun 2019 terkini mengikut pecahan kawasan DUN?
232) UNIVERSITI TVET DI UNISEL
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
-
Universiti Selangor (UNISEL) telah pun diuar-uarkan akan menjadi universiti TVET dalam pembentangan belanjawan Negeri Selangor 2024 tahun lalu. Sejauh manakah pelaksanaan cadangan tersebut sehingga kini?
-
Berapakah jumlah kos yang terlibat untuk melaksanakan cadangan tersebut?
232) KUIL-KUIL HINDU
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kuil-kuil Hindu di seluruh Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah kuil-kuil Hindu yang tidak memiliki hakmilik tanah mereka sendiri?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan hakmilik tanah bagi kesemua kuil-kuil Hindu tersebut dapat dikeluarkan?
232) PERIKANAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Apakah status lesen bot nelayan kelas B dan jumlah permohon yang lulus serta tidak lulus?
-
Berapakah jumlah lesen bot nelayan kelas B yang telah dikeluarkan dan senaraikan mengikut umur?