22) PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bagaimana kerajaan negeri menangani kawasan Bandaraya/bandar/pekan yang perlu mantapkan daya saing antara bandar-bandar dan pekan-pekan dan tingkatkan hubungan antara kawasan yang perlu dibantu dan kawasan yang mempunyai peluang?
-
Apakah perancangan MBPJ untuk pembangunan kawasan PJ Old Town supaya tidak ÔmatiÕ?
22) INFRASTRUKTUR DUN RAWANG
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perkembangan projek naik taraf Jalan B27.
-
Nyatakan perkembangan projek naik taraf Jalan FT3209.
-
Nyatakan perkembangan projek naik taraf Klinik Kesihatan Batu Arang.
22) SMUE
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Adakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menaikkan nilai RM100 ke RM200 bagi pemberian baucer SMUE dan Jom Shopping Perayaan memandangkan kos barangan yang naik?
22) MASALAH PENGURUSAN PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Prihatin Selangor telah menyediakan berpuluh ribu rumah kos pangsapuri rendah di bawah Skim Rumah Selangorku. Apakah perancangan Kerajaan Negeri sekiranya pihak JMB atau berkaitan tidak mampu menguruskan rumah-rumah ini akibat yuran penyelenggaraan yang terlalu rendah atau tidak dibayar?
22) LESEN PASAR MALAM
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah kadar sewa dan lesen yang dipersetujui bagi Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya?
22) KAWASAN LAPANG
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan jumlah keluasan kawasan lapang mengikut setiap PBT di Negeri Selangor.
-
Adakah kuantiti kawasan lapang ini mencukupi menjelang tahun 2035 mengikut unjuran pertumbuhan penduduk mengikut data RSN 2035?
22) SUMBER HASIL PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah sumbangan hasil tunai ataupun jumlah-jumlah bayaran hutang yang telah diberikan oleh GLC kepada Kerajaan Negeri?
22) PENTERNAKAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah cadangan penambahbaikan jangka pendek dan jangka panjang untuk sektor penternakan?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan untuk mencapai sasaran penambahbaikan ini?
-
Berikan beberapa contoh kejayaan cemerlang yang telah dicapai?
23) METER INDIVIDU
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bangunan yang belum tukar meter pukal kepada meter individu. Nyatakan pangsapuri yang mendapat potongan tetapi masih belum bertukar kepada meter individu. Apa tindakan boleh dikenakan mengikut Akta Kerajaan Tempatan?
23) GUGUSAN INDUSTRI TERPILIH DAN INDUSTRI PERKHIDMATAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana untuk pelaksanaan Gugusan Industri Terpilih dan Industri Perkhidmatan dilaksanakan di Rawang?
-
Apakah yang telah dilaksanakan untuk Gugusan Industri Terpilih dan Industri Perkhidmatan di Rawang?
-
Nyatakan jadual perancangan untuk perlaksanaan Gugusan Industri Terpilih dan Industri Perkhidmatan di Rawang.