232) SKIM PEDULI SIHAT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah penerima Skim Peduli Sihat selepas kemaskini dilaksanakan
-
Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri memandangkan 37% penerima Skim Peduli Sihat yang dipilih adalah bukannya pengundi dari DUN Kuala Kubu Bharu tetapi telah mengambil kouta DUN tersebut?
232) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Perkembangan terkini penstrukturan semula industri air Selangor terutama pengambilalihan SPLASH dan pencapaian semua tawaran berkaitan air dalam manifesto PRU13 di samping hasil sebarang kajian kebolehlaksanaan penaiktarafan dan/atau penggantian paip saluran air serta tata cara pelaksanaan dan pemantauan
232) PERIKANAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Apakah status lesen bot nelayan kelas B dan jumlah permohon yang lulus serta tidak lulus?
-
Berapakah jumlah lesen bot nelayan kelas B yang telah dikeluarkan dan senaraikan mengikut umur?
232) PERUNTUKAN NEGERI SELANGOR UNTUK WABAK COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan utama Jawatankuasa Khas Covid-19 Negeri Selangor?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri di dalam penambahbaikan sosiobudaya pekerja asing kesan daripada wabak Covid-19?
-
Berapakah peruntukan kewangan yang telah dibelanjakan melalui Jawatankuasa ini?
232) POTENSI PELANCONGAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri telah mengenal pasti lokasi pelancongan baharu yang berpotensi memberi pulangan ekonomi?
-
Nyatakan jumlah peruntukan Kerajaan Negeri untuk menggiatkan sektor pelancongan dari 2014-2016.
232) KES ROGOL DAN GANGGUAN SEKSUAL
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan statistik tahunan terperinci berkaitan dengan kes rogol dan gangguan seksual dari 2005 hingga 2015 di negeri Selangor. Bandingkan dengan negeri-negeri lain.
-
Sila nyatakan berapa kes di (a) telah didakwa di mahkamah dan berapakah yang berjaya didakwa?
232) HAK MILIK TAPAK PARKING HATTA SQUARE, PANDAN MEWAH
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Siapakah hak milik tapak tersebut?
-
Tapak tersebut telah disewa untuk tujuan stor, sama ada pihak tersebut memohon kebenaran daripada MPAJ? Berapakah MPAJ mengenakan caj atas tapak tersebut?
232) KERJASAMA PERSEKUTUAN & NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar kerajaan negeri tentang sebarang program dan projek dengan pihak Persekutuan?
-
Senaraikan semua projek dan program usahasama Persekutuan dan Negeri sejak tahun 2008 hingga kini?
232) KDEB WASTE MANAGEMENT SDN BHD
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Senaraikan aset yang dimiliki oleh KDEB Waste Management dan hutang kepada Kerajaan Negeri Selangor?
-
Nyatakan kos operasi KDEB sepanjang tahun 2019 terkini mengikut pecahan kawasan DUN?
232) OPEN GOVERNMENT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi dan pelan tindakan di bawah visi SMARTSELANGOR bagi mewujudkan konsep Open Government untuk kelestarian hidup rakyat Selangor?
-
Senaraikan pendekatan yang telah dibuat untuk merealisasikan Open Government di Selangor