231) Bazar Dorani Perdana Sungai Haji Dorani
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Bilakah Bazar Dorani Perdana akan siap dan boleh beroperasi sepenuhnya?
-
Apakah jaminan pihak Kerajaan tentang aspek keselamatan dan kemudahan kepada peniaga, pengunjung dan orang ramai sementara ini?
231) PELANCONGAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan syarikat swasta yang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam memajukan industri pelancongan
-
Apakah jenis kempen-kempen yang dijalankan dan berapa jumlah peningkatan hasil dari kempen-kempen tersebut?
-
Berapakah modal yang telah dikeluarkan dan pulangan balik kepada Kerajaan Negeri dari tahun 2008?
231) PROJEK LOJI RAWATAN AIR SUNGAI RASAU
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah diambil susulan kejadian tebing sungai runtuh sehingga menyebabkan limpahan air kolam memasuki bahagian hadapan tapak pembinaan projek di Taman Mas, Puchong?
231) BANJIR DI KAMPUNG BANGI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini rancangan membina rumah pam bagi menyelesaikan
masalah banjir di Kampung Bangi?
231) ISU JALAN BERLUBANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif kerajaan untuk memastikan penampalan yang sempurna dan segera setiap jalan rosak di Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah aduan berkenaan kes ‘Pot Hole' yang diterima di setiap daerah dari tahun 2018 hingga 2023?
-
Apakah punca utama yang menyebabkan jalan rosak?
231) PROJEK PERUMAHAN PKNS
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Pecahan terperinci projek perumahan mewah berbanding mampu milik yang dikendali oleh PKNS dan semua anak syarikat PKNS selaku perbadanan kemajuan ekonomi negeri.
231) STATUS MASJID AR RAHMAN KG RANCANGAN TANAH BELIA BUKIT CHANGGGANG, BANTING
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pembinaan Masjid Ar-Rahman Kg Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang Banting
-
Nyatakan tarikh mula, tarikh siap dan syarikat kontraktor yang membina masjid tersebut?
-
Berapakah jumlah kos pembinaan masjid tersebut?
231) PERANAN MPKK DALAM MENANGANI COVID-19
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan MPKK berperanan sebagai agen kerajaan dalam menyampaikan bantuan akibat COVID-19?
-
Berapa banyakkah jumlah bantuan dan nilainya yang telah disampaikan melalui MPKK untuk penduduk khususnya di luar bandar?
231) MENGATASI PENCEMARAN DI SUNGAI KLANG
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Mengapakah sehingga ke hari ini Sungai Klang masih menjadi suatu sungai yang sangat dicemari oleh alam sekitar serta ianya amat memalukan bagi warga Negeri Selangor amnya?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memulihara kebersihan Sungai Klang yang menjadi nadi dan imej kepada Negeri Selangor ini agar senantiasa bersih dan cantik dipandang?
-
Adakah kerajaan Negeri Selangor mempunyai apa-apa cadangan dan langkah-langkah untuk membangunkan Sungai Klang sebagai satu sistem pengangkutan yang moden seperti perkhidmatan Feri dari Klang ke Kuala Lumpur bagi mengatasi kesesakan jalan raya terutamanya di Lebuh raya Persekutuan di samping itu ianya dapat menarik lebih ramai pelancong datang ke Negeri Selangor ini?
231) KLORR-KL OUTER RING ROAD
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Adakah pembinaan KLORR akan/telah diteruskan semula? Jika ya apakah syarat-syarat baharu yang dikenakan ke atas KLORR? Jika tidak, apakah sebab-sebab KLORR tidak dibenarkan disempurnakan?