231) PERANAN MPKK DALAM MENANGANI COVID-19
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan MPKK berperanan sebagai agen kerajaan dalam menyampaikan bantuan akibat COVID-19?
-
Berapa banyakkah jumlah bantuan dan nilainya yang telah disampaikan melalui MPKK untuk penduduk khususnya di luar bandar?
231) MENGATASI PENCEMARAN DI SUNGAI KLANG
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Mengapakah sehingga ke hari ini Sungai Klang masih menjadi suatu sungai yang sangat dicemari oleh alam sekitar serta ianya amat memalukan bagi warga Negeri Selangor amnya?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memulihara kebersihan Sungai Klang yang menjadi nadi dan imej kepada Negeri Selangor ini agar senantiasa bersih dan cantik dipandang?
-
Adakah kerajaan Negeri Selangor mempunyai apa-apa cadangan dan langkah-langkah untuk membangunkan Sungai Klang sebagai satu sistem pengangkutan yang moden seperti perkhidmatan Feri dari Klang ke Kuala Lumpur bagi mengatasi kesesakan jalan raya terutamanya di Lebuh raya Persekutuan di samping itu ianya dapat menarik lebih ramai pelancong datang ke Negeri Selangor ini?
231) KLORR-KL OUTER RING ROAD
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Adakah pembinaan KLORR akan/telah diteruskan semula? Jika ya apakah syarat-syarat baharu yang dikenakan ke atas KLORR? Jika tidak, apakah sebab-sebab KLORR tidak dibenarkan disempurnakan?
231) NAIK TARAF SEKOLAH DAN PRASEKOLAH DI IJOK
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah sekolah yang telah dinaik taraf di kawasan Ijok untuk tempoh 3 tahun kebelakangan ini? Nyatakan naik taraf yang telah dibuat.
-
Apakah terdapat rancangan Kerajaan Negeri untuk memperluas program Prasekolah di kawasan Ijok?
231) PROGRAM KITAR SEMULA BARANG BUANGAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan untuk meluaskan lagi program ini ke kawasan-kawasan padat penduduk di PBT-PBT di Negeri Selangor?
-
Apakah seperti program-program Tuisyen Rakyat, Pusat Komuniti Wanita dan Pusat Dialisis Rakyat, program kitar semula barang buangan akan dilaksanakan melalui ADUN?
-
Adakah kerajaan merancang untuk mewujudkan program membekalkan tong-tong kitar semula barang buangan melalui DUN-DUN?
231) MASALAH KEGAWATAN EKONOMI NEGARA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa buah syarikat ditutup atau berpindah ekoran kegawatan ekonomi negara ?
-
Berapa ramai pekerja yang telah dibuang kerja kerana kegawatan ekonomi di Negeri Selangor ?
-
Apakah langkah Kerajaan untuk membantu mereka yang di buang kerja ?
231) DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah status Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (Penggantian) 2035 yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 1/2023 pada 2 Mac 2023?
231) PEMBERIAN PERUNTUKAN HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN KEPADA KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Nyatakan skop perbelanjaan oleh kerajaan negeri menggunakan dana ini berjumlah RM35.5 juta pada tahun 2014?
-
Adakah kerajaan negeri bakal menerima manfaat dengan pertambahan hasil Kerajaan Persekutuan melalui pelaksanaan GST?
231) PERLANTIKAN KETUA KAMPUNG – ADA KETUA KAMPUNG BARU DI BESTARI JAYA DILANTIK TETAPI TIDAK FASIH BERTUTUR DALAM BAHASA KEBANGSAAN DAN TIDAK TAHU TENTANG PENGURUSAN ASAS
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah proses pemilihan dan pelantikan Ketua2 Kampung ?
-
Adakah temu duga dijalankan bagi pihak Kerajaan untuk memastikan calon2 yang dilantik sesuai dan mempunyai kelayakan sebagai pemimpin masyarakat?
-
Adakah penilaian prestasi dibuat untuk memantau perkhidmatan mereka supaya sentiasa di tahap yang memuaskan?
231) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan MARRIS yang di peruntukkan di bawah MPK bagi tahun 2010 ?
-
Daripada jumlah berkenaan, berapakah jumlah yang tetapkan bagi setiap DUN dan berapakah yang telah di belanjakan bagi setiap DUN ?
-
Bagaimanakah prosedur untuk mendapatkan peruntukan MARRIS ini ?