230) KEBENARAN SOLAT JUMAAT KEPADA SURAU AR-RAIHAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Apakah benar JAIS telah menarik balik kebenaran solat Jumaat kepada Surau Ar-Raihan Bandar Teknologi Kajang? Jika benar, apakah tidak dipertimbangkan akan berlaku ramai yang tidak akan menunaikan solat Jumaat akibat pembatalan kebenaran jumaat tersebut?
230) PERLAKSANAAN PROGRAM INSAN SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peserta yang telah di pra-daftar, peserta yang telah dicarum serta jumlah tuntutan insurans yang telah dibayar untuk program INSAN?
-
Berapakah jumlah kos yang telah dibayar oleh Kerajaan Negeri kepada syarikat insurans semenjak skim INSAN diperkenalkan?
230) MASALAH PAIP PECAH DAN KEBOCORAN PAIP UTAMA BEKALAN AIR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan Negeri Selangor untuk mengelakkan atau mengurangkan insiden paip pecah atau kebocoran paip utama bekalan air terutamanya di DUN Hulu Bernam?
230) PASAR AWAM DI DUSUN TUA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang diambil kepada kemudahan awam yang tidak diselenggara
diantaranya tandas yang tidak berfungsi, kipas yang rosak seperti di Pasar Suntex Batu 9? -
Apakah status pasar pekan Batu 14?
-
Terdapatkah perancangan menaik taraf Pasar Pekan Batu 14 tersebut?
230) KLINIK KESIHATAN AWAM
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Klinik Kesihatan (KK) awam yang beroperasi di daerah Kuala Selangor.
-
Adakah terdapat apa-apa inisiatif daripada Kerajaan Negeri untuk menambah KK awam di daerah Kuala Selangor atau inisiatif penambahbaikan KK awam sedia ada?
-
Apakah inisiatif yang dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk memberikan perkhidmatan kesihatan khususnya untuk kumpulan berpendapatan rendah dan warga emas?
230) PRESTASI PASUKAN BOLA SEPAK SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor meningkatkan prestasi pasukan bola sepak Selangor untuk memajukan lagi sukan kegemaran warga Selangor?
-
Apakah program untuk memupuk pelapis muda untuk memajukan sukan ini?
230) PEMBINAAN JALANRAYA DI KAWASAN PERUMAHAN BARU
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Mohon menyatakan perancangan kerajaan negeri membina jalanraya baru di Jalan Semenyih-Broga disebabkan limpahan kenderaan yang mungkin tidak lagi dapat ditampung oleh Jalan Kajang-Semenyih (FT01) akibat banyaknya taman-taman perumahan baru lalu yang diluluskan. Di DUN Semenyih, tidak kurang daripada 10 taman perumahan baru yang telah diluluskan oleh kerajaan. Pertambahan taman perumahan baru dan juga industri telah meningkatkan bilangan kenderaan di jalanraya. Dalam sedikit masa lagi jalanraya sedia ada sudah tidak dapat menampung kenderaan yang sebegitu banyak dan akibatnya masyarakat berhadapan dengan trafik jem setiap hari walaupun pada hari-hari cuti atau kelepasan am.
-
Apakah disyaratkan kepada pemaju untuk membina jalan baru yang dihubungkan ke lebuhraya di taman perumahan yang dibangunkan dan janganlah hanya bergantung kepada jalan utama yang sedia ada?
-
Mohon menyatakan statistik kajian trafik di laluan utama dalam DUN Semenyih.
230) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek dan jumlah rumah mampu milik yang telah dilancarkan tetapi masih belum dibina hingga sekarang dan apakah sebab-sebabnya?
-
Nyatakan projek dan jumlah rumah mampu milik yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2015.
230) PERMOHONAN LESEN MENDUDUKI SEMENTARA (TOL)
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan proses permohonan TOL yang dilihat terlalu banyak kerenah birokrasi.
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan satu Óexpress laneÓ untuk tujuan permohonan TOL oleh PBT seperti contoh untuk pembinaan tapak billboard dan ianya dikecualikan daripada penilaian teknikal oleh agensi seperti TNB, JPS dan sebagainya kerana PBT sendiri yang akan bertanggungjawab tentang tapak tersebut. Ini sesuai bagi merealisasikan objektif dasar Kerajaan Negeri untuk mempelbagaikan dan menambah punca pendapatan PBT dengan lebih cepat dan berkesan
230) PENAIKTARAFAN SISTEM PERPARITAN DI KAWASAN PERUMAHAN LAMA / KAMPUNG BANDAR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Kini di bawah DUN Bandar Utama, terdapat kawasan perumahan lama / kampung yang sistem perparitannya sudah tidak cukup untuk menampung keperluan sebenar oleh penduduk-penduduk di kawasan tersebut. Apakah kerajaan akan mengambil sebarang langkah terhadap kawasan perumahan lama seperti ini?