230) LEBUHRAYA SUKE
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah status semasa perlaksanaan projek lebuhraya SUKE (dalam bidang kuasa kerajaan negeri)
-
Apakah keuntungan yang diterima oleh kerajaan dan rakyat Selangor hasil pelepasan rezab hutan simpang bagi projek ini
-
Apakah tindakan kerajaan dalam menangani bantahan (alam sekitar & pencemaran)
230) SKIM AIR PERCUMA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan boleh mempertimbangkan pemberian air percuma kepada golongan M40?
-
Berapakah penjimatan kos jika air percuma hanya diberi kepada golongan B40?
230) JAMBATAN KETIGA KLANG
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Apakah status semasa projek Jambatan Ketiga Klang?
-
Berapakah kos dan nilai projek pembinaan?
-
Nyatakan kontraktor dan konsultan yang dilantik untuk projek tersebut?
230) RIZAB AIR TERAWAT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah margin rizab air di Selangor terbaru dan bilangan loji rawatan air yang telah beroperasi di Selangor setiap kapasiti setiap satu daripadanya?
-
Senaraikan kesemua kes kecurian air serta kerugian yang terlibat di Selangor dari tahun 2010 hingga sekarang.
230) “BAZAAR DARUL EHSAN” DAN PUSAT KOMUNITI USAHAWAN DAERAH
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Bolehkah YB Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi nyatakan adakah perancangan untuk Pusat Komuniti Usahawan Selangor yang dinamakan "Bazaar Darul Ehsan" dan Pusat Komuniti Usahawan Daerah yang baru akan disediakan di tempat yang bersepadu seperti Pusat Komuniti agar lokasinya lebih hampir dengan orang awam dan menjadi tumpuan perniagaan yang berdaya saing?
230) MASALAH TOL DAN PELANTAR IKAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah dasar terkini Kerajaan Negeri khususnya tentang kelulusan tanah-tanah TOL ?
-
Sila senaraikan jumlah pelantar ikan yang dikenakan tindakan saman oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor angkara tidak mempunyai kelulusan TOL.
-
Sila nyatakan apakah kaedah menang Ðmenang yang bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan pelantar ikan di kawasan Bagan Negeri Selangor ?
230) PROJEK PJ SENTRAL
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini projek PJ Sentral?
-
Apakah kekangan yang dihadapi menyebabkan projek ini bermasalah?
-
Apakah langkah yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi mengatasi permasalahan ini?
230) CADANGAN PERSEMPADANAN SEMULA SPR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bersetuju dengan cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dipamerkan pada bulan September 2016? Jika tidak, nyatakan tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri.
230) PENYELESAIAN PROJEK D44 MELALUI DEMONSTRASI AMAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apa pandangan Kerajaan Negeri jika rakyat mahu mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah ini melalui demonstrasi aman?
230) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terbaru usaha menstrukturkan semula industri air?
-
Adakah syarikat SPLASH masih enggan menerima harga tawaran selepas campur tangan kerajaan persekutuan, adakah persetujuan yang dicapai antara kerajaan Selangor, kerajaan Persekutuan dengan ABASS, Puncak Niaga dan Syabas terjejas?