229) BANTUAN MEMBINA RUMAH DAN BAIKPULIH
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri ada mewujudkan projek membina dan membaik pulih rumah warga miskin. Siapakah yang layak dibina atau dibaikpulih rumah berkenaan?
-
Bagaimanakah prosedur yang perlu bagi yang mahu memohon?
-
Sejak 2008 berapakah jumlah yang dibina, dibaikpulih dan kos yang dikeluarkan
229) ISU TANAH KUBUR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Mulut
-
Di DUN Seri Serdang oleh kerana kepadatan penduduk isu tanah kubur yang semakin berkurangan memerlukan tindakan oleh kerajaan. Apakah tindakan kerajaan bagi membantu menyelesaikan tanah kubur orang Islam yang semakin berkurangan?
-
Penjelasan status pembinaan Masjid Lestari Putra.
229) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Memandangkan peruntukan MARRIS hanya memperbaiki infrastruktur yang sedia ada dan tidak dibenarkan untuk naiktaraf. Adakah Kerajaan Selangor dapat menambah/menukar syarat peruntukan MARRIS dapat digunakan untuk naiktaraf?
229) RUMAH TERBIAR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Mengapa kerajaan negeri tidak merampas tanah rumah terbiar di 20, Jalan 14/3, Petaling Jaya sepertimana surat Ahli MMKN Kerajaan Tempatan kepada Pegawai Daerah Petaling bertarikh 9 Mac 2016?
-
Adakah kerajaan negeri telah membatalkan hak milik tanah rumah terbiar di Negeri Selangor
229) JUALAN EHSAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Apakah kerajaan telah merancang akan membuka oulet ataupun pengedar di setiap daerah?
-
Berapa banyak beras dan barang asasi yang mampu dibekalkan oleh Kerajaan Negeri melalui anak syarikat MBI iaiti PKPS dengan Jualan Ehsan bagi menjamin keterjaminan makanan asasi?
-
Senaraikan barang dan harga yang dibekalkan oleh Jualan Ehsan?
229) EKONOMI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila jelaskan dengan perangkaan persembahan prestasi ekonomi Negeri Selangor bagi Jan hingga Jun 2009?
-
Apakah kelemahan Negeri Selangor dalam pembangunan ekonomi bagi tempoh Jan hingga Jun 2009?
-
Sila nyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor berdasarkan kelemahan-kelemahan dari Jan hingga Jun 2009?
229) UNISEL DAN PTPTN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang melaksanakan pengajian percuma di UNISEL insiden penarikan pinjaman PTPTN baru-baru ini, walaupun tanggungjawab tersebut bawah Kerajaan Pusat? Bagaimana?
229) GARIS PANDUAN PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA PELAJAR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah status penggubalan garis panduan pengubahsuaian rumah teres kepada asrama pelajar?
229) KESESAKAN DI PUSAT RAWATAN COVID
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah sebab-sebab berlaku kesesakan pesakit di hospital dan pusat rawatan pesakit COVID di Selangor?
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Selangor untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatasi masalah kesesakan tersebut?
229) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pengambilan pelajar baharu di setiap peringkat pengajian bagi tahun 2024?
-
Apakah langkah yang telah diambil oleh UNISEL untuk meningkatkan jumlah pelajar bagi tahun 2024?
-
Berapakah kos pemasaran yang telah digunakan bagi tahun 2024?