228) PENGAIRAN DAN SALIRAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah kunci air di kawasan sawah yang boleh digunakan dan jumlah yang telah rosak?
-
Senaraikan kunci air yang dalam proses tersebut serta perinciannya :
1) Proses pembinaan
2) Proses reka bentuk
3) Dalam proses kajian -
Berapakah kepanjangan palong sawah di Kuala Selangor dan Sabak Bernam serta nyatakan tempoh jangka hayat palong tersebut?
229) KURSI SIDDIQ FADZIL UNIVERSITI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah program-program serta inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak Universiti Selangor terkait dengan Kursi Siddiq Fadzil sepanjang tahun 2022?
-
Berapakah jumlah yang dibelanjakan oleh Universiti Selangor dalam menjayakan Kursi Siddiq Fadzil sepanjang tahun 2022?
229) PERTUBUHAN JMB DI SHOP LOT PANDAN PERDANA (SEBELAH PANDAN SAFARI)
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan semua JMB yang ada di kawasan tersebut.
-
Suatu AGM telah pun diadakan pada tahun 2009 adakah segala akaun dan hak pengurusan telah diserahkan kepada JMB baru. Jika tidak sila nyatakan sebab
229) GURU DAN PROGRAM BANTUAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah guru JAIS yang terlibat dengan perpindahan serta jumlah guru yang memilih untuk berhenti 24jam dan notis satu bulan?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diperolehi oleh setiap sekolah-sekolah tersebut : SAR, SJKC, SJKT, SEK.MUBALIGH, SMJK, SK, SMK, SMPC?
-
Nyatakan dan senaraikan jumlah terperinci pecahan peruntukan setiap sekolah SAR (berapa buah sekolah), SJKC (berapa buah sekolah), SJKT (berapa buah sekolah), SEK.MUBALIGH (berapa buah sekolah), SMJK (berapa buah), SK. (Berapa buah) SMK (berapa buah) dan SMPC (berapa buah)?
229) KOLAM TERNAKAN UDANG HARIMAU
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Di dalam Mukim Api-Api, Daerah Kuala Selangor, terdapatnya banyak bilangannya kolam-kolam ternakan udang yang diusahakan oleh syarikat dan agensi Kerajaan Negeri (PKPS). Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar: a) Apakah benar aktiviti ternakan udang di kawasan tersebut sudah terhenti?
-
Jika benar, kenapakah aktiviti berkenaan terhenti?
229) PKNS
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Bagaimana perkembangan atau tindakan Kerajaan Negeri berkenaan dengan aset PKNS yang hendak ditukar milik atau ditukar tadbir.
-
Bilakah PKNS akan membuat rumah mampu milik untuk rakyat yang kurang berkemampuan ataupun yang berpendapatan rendah khususnya di DUN Lembah Jaya, Ampang.
229) BANTUAN MEMBINA RUMAH DAN BAIKPULIH
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri ada mewujudkan projek membina dan membaik pulih rumah warga miskin. Siapakah yang layak dibina atau dibaikpulih rumah berkenaan?
-
Bagaimanakah prosedur yang perlu bagi yang mahu memohon?
-
Sejak 2008 berapakah jumlah yang dibina, dibaikpulih dan kos yang dikeluarkan
229) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Perincian pelan tindakan seterusnya bagi penstrukturan semula industri air Selangor setelah lanjutan kedua untuk memuktamadkan pengambilalihan SPLASH tamat pada 5 Oktober 2017 dan justifikasi kepada rakyat atas kegagalan menyempurnakan semua tawaran berkaitan air yang dibuat dalam manifesto PRU13.
229) ISU TANAH KUBUR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Mulut
-
Di DUN Seri Serdang oleh kerana kepadatan penduduk isu tanah kubur yang semakin berkurangan memerlukan tindakan oleh kerajaan. Apakah tindakan kerajaan bagi membantu menyelesaikan tanah kubur orang Islam yang semakin berkurangan?
-
Penjelasan status pembinaan Masjid Lestari Putra.
229) UNISEL DAN PTPTN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang melaksanakan pengajian percuma di UNISEL insiden penarikan pinjaman PTPTN baru-baru ini, walaupun tanggungjawab tersebut bawah Kerajaan Pusat? Bagaimana?