22) KELULUSAN MILIKAN TANAH DAN KEBENARAN MENDUDUKI SEMENTARA
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Sepanjang pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat, berapakah jumlah milikan dan guna tanah yang telah diluluskan
-
Apakah kaedah kelulusan dan pemantauan untuk milikan tanah atau kebenaran menduduki sementara yang diamalkan
22) PROJECT WCE
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membendung masalah-masalah yang timbul daripada projek WCE seperti kerosakan jalan oleh lori-lori lebih muatan, banjir akibat parit tersumbat dan pencemaran udara ?
22) PERUNTUKAN UNTUK AHLI DEWAN NEGERI PARTI PEMBANGKANG
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah peruntukan yang akan diberi kepada Ahli Dewan Negeri Selangor Parti Pembangkang?
-
Bila Parti Pembangkang diberi peruntukan?
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang telah digunakan oleh Ahli Dewan Negeri Selangor Parti Pembangkang sejak diberi peruntukan
22) PROGRAM SPIES D’VILLAGE
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kawasan yang telah menubuhkan AJK SPIES D'Village?
-
Berapakah jumlah program yang telah diluluskan sejak ianya bermula mengikut pecahan S-P-I- E-S?
-
Berapakah jumlah dana yang telah dibelanjakan mengikut pecahan S-P-I-E-S di masa yang sama?
22) PENILAIAN PRESTASI PENJAWAT AWAM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Bagaimana ADN dan Ahli-Ahli Majlis menilaikan prestasi penjawat awam terutamanya pegawai-pegawai di PBT, PDT dan agensi-agensi lain?
-
Adakah penilaian ini akan diambil kira semasa kerajaan mempertimbangkan naik pangkat atau menyesuaikan gaji bagi penjawat awam?
22) SISTEM PENGANGKUTAN BANDARAYA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah -langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membaiki sistem pengangkutan awam secara keseluruhannya
-
Oleh kerana perkhidmatan bas dijalankan oleh pihak swasta, maka perkhidmatan mereka bergantung kepada sama ada sesuatu lokasi perhentian dan laluan dapat mengaut keuntungan. Syarikat swasta tidak rela memberi perkhidmatan sebagai tanggungjawab sosial. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk memulakan sistem bas kepunyaan kerajaan yang dapat lalui semua lokasi penghuni demi melengkapkan kekurangan ini di Selangor
22) JENAYAH PENDATANG ASING
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Pekerja-pekerja dari pendatang asing semakin ramai di Selangor dan ada di kalangan mereka melakukan kegiatan jenayah. Berapakah jumlah pendatang asing yang didaftarkan untuk menjadi pekerja di sektorsektor awam dan swasta?
-
Berapakah pula jumlah pendatang asing yang bekerja di Selangor yang telah didapati bersalah melakukan kes-kes jenayah?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh PBT & PTD dalam membendung masalah jenayah ini?
22) WIFI SMART SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf kelajuan Wifi Smart Selangor daripada 8Mbps kepada 30Mbps atau lebih?
22) PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Tidakkah Kerajaan Negeri bercadang mewajibkan Pihak berkuasa Tempatan mengadakan sesi "townhall meeting" terbuka kepada pihak awam secara berkala sebagai satu usaha untuk meningkatkan prestasi dan kepekaan mereka dalam menyelesaikan masalah rakyat?
22) PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah status garispanduan pengubahsuaian rumah teres kepada asrama?
-
Adakah garispanduan tersebut akan membenarkan, mengehadkan atau menghalang pengubahsuaian tersebut?