228) KES SAMAN ANAK SYARIKAT NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci kes saman melibatkan semua anak syarikat negeri dari tahun 2008-2015?
-
Nyatakan keputusan saman tersebut dan hukuman yang dikenakan?
228) BANJIR DI FELCRA SEMUNGKIS
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah EKVE menyumbang pada peningkatan pelepasan air ke dalam anak sungai ketika hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir kilat yang kerap di kawasan Laman Gahal Jalan Felcra Semungkis?
228) PERMOHONAN PAJAKAN TANAH
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah yang telah memohon memanjangkan pajakkan tanah dan telah berjaya?
-
Adakah program Premium RM 1,000.00 yang baru dilancarkan ini akan mengurangkan pendapatan kerajaan Selangor?
228) KENDERAAN BERAT DI BAHU JALAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Kenderaan berat yang diletakkan sebarangan di bahu jalan mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Apakah Akta Parlimen, Enakmen atau Undang-undang Kecil yang boleh diambil oleh PBT dan JPJ terhadap pemandu dan pemilik kenderaan?
228) PROGRAM MES MIMBAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kelulusan pemohon baru tahun 2014?
-
Berapa peratuskah kepatuhan pembayaran balik?
-
Berapakah bilangan peserta berjaya meneruskan dan meningkatkan perniagaan mereka sejak 2013 hingga kini?
228) HALAL SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan untuk meningkatkan produk-produk halal keluaran IKS Selangor?
-
Adakah Selangor mempunyai logo halal sendiri?
-
Sejauh mana logo halal Selangor boleh diterima di peringkat antarabangsa?
228) RUMAH MAMPU MILIK DI DAERAH KUALA SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Kebelakangan ini permasalahan rumah yang mampu dimiliki oleh sebahagian besar penduduk di Kuala Selangor sering menjadi perbualan. Apakah Kerajaan Negeri maklum dan prihatin dengan permasalahan tersebut?
-
Berikan jumlah unit rumah mampu milik yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri dan pemaju perumahan semenjak 2008-2013, beserta dengan harga jualan seunit di daerah Kuala Selangor?
-
Sudah adakah perancangan di tahun-tahun mendatang untuk menyediakan seberapa banyak rumah kepada golongan tersebut?
228) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan merancang untuk mempromosikan polisi-polisi dan program IPR melalui program-program PWB?
-
Jika ada, pihak mana yang akan menyediakan material promosi seperti video pendek dan latihan kepada penyelia-penyelia PWB?
228) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah projek perumahan yang terbengkalai di Selangor dan sila nyatakan lokasinya?
-
Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk membantu pembeli rumah tersebut?
228) PROGRAM HIJRAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah penerima program Hijrah sejak dilaksanakan?
-
Apakah syarat dan kriteria untuk melayakkan seseorang itu memperolehi manfaat dari program ini?