227) SELANGOR KINI DIPALSUKAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan terhadap pihak yang menerbitkan, mengedar serta merujuk akhbar Selangor Terkini untuk memfitnahkan kerajaan Selangor?
-
Bagaimana kerajaan menangani penerbitan haram yang menggunakan logo kerajaan negeri?
227) MASYARAKAT HARMONI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan dalam meningkatkan kesefahaman dan penghayatan ketamadunan budaya majmuk masyarakat kita ?
-
Adakah kerajaan mempunyai rancangan mewujudkan institusi atau akademi pengajian ketamadunan di Negeri Selangor?
-
Adakah kerajaan mempunyai rancangan menggalakkan forum atau dialog antara kaum bagi merapatkan hubungan?
227) BANTUAN BANJIR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan pemberian Bantuan Selangor Bangkit kepada mangsa banjir dalam tempoh penularan COVID-19 yang semakin meningkat?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan pemberian Bantuan Selangor Bangkit kepada mangsa banjir dalam tempoh penularan COVID-19 yang semakin meningkat?
227) PERUNTUKKAN PEMBAIKI LIFT BAGI PANGSAPURI BERKOS RENDAH 700, PANDAN PERDANA.
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukkan yang diberi oleh kerajaan bagi kerja-kerja pembaikan tersebut?
-
Adakah penduduk terima atau tolak peruntukkan tersebut? Sila jelaskan.
227) PROJEK PELEBARAN JALAN MASUK KAMPUNG TELOK GONG, PELABUHAN KLANG
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini projek pelebaran jalan masuk Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang?
-
Bilakah jangkaan tarikh projek tersebut dapat disiapkan?
227) PERMOHONAN TANAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar kerajaan terhadap permohonan pemilikan tanah individu bagi tanah-tanah anak syarikat yang tidak diusahakan?
-
Berapakah jumlah permohonan tanah tersebut sepanjang tahun 2014?
227) STATUS PERMOHONAN CADANGAN MENAIKTARAF KAWASAN PERKUBURAN INDIA MERU OLEH MBSA PADA NOVEMBER 2016. KEADAAN TERKINI, TAPAK YANG ADA BERCERUN DAN BERPAYA AMAT TERHAD BAGI TAPAK BARU
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah anggaran kos keseluruhan cadangan tersebut?
-
Apakah bentuk cadangan pembangunan tersebut?
-
Bilakah jangkaan cadangan itu dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan oleh kaum India?
227) PERUNTUKAN KHAS & PEMBANGUNAN KAWASAN DEWAN NEGERI PERMATANG
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah peruntukan Kerajaan Negeri untuk kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang dari tahun 2008-2013.
-
Senaraikan nama-nama projek dan jumlah perbelanjaan yang dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang melalui peruntukan yang diperoleh dari tahun 2008-2013 berkenaan.
-
Nyatakan nama agensi atau orang perseorangan yang mengendalikan peruntukan berkenaan
227) KEPERLUAN PEMBINAAN SEKOLAH MENENGAH DI KAWASAN SEKSYEN U16, SHAH ALAM
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha pihak Kerajaan Negeri untuk membantu mempercepatkan pembinaan sekolah menengah di kawasan Seksyen U16, Shah Alam?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan kemudahan sekolah rendah dan menengah dapat dibina untuk keperluan penduduk di Negeri Selangor?
227) KESESAKAN LALU LINTAS DI PERSEKITARAN LEBUH RAYA LDP DAN KESAS
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan berapa persimpangan baru yang telah dirancangkan di Lebuhraya LDP dan KESAS?
-
Apakah kedudukan terkini untuk rancangan persimpangan baru ke Bukit Tandang (Puchong Jaya) dari lebuhraya KESAS?
-
Apakah langkah-langkah negeri sekiranya syarikat konsesi lebuh raya tidak memberi kebenaran untuk membina persimpangan baru yang amat diperlukan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas setempat?