226) PKNS
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk membantu usahawan yang terjejas kerana PKP?
-
Berapakah jumlah usahawan bumiputera yang terpaksa menutup operasi perniagaan akibat PKP?
-
Apakah langkah yang dilakukan oleh PKNS dalam membantu usahawan memperkembangkan perniagaan dengan penggunaan teknologi digital?
226) STATUS TANAH DI BUKIT JUGRA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan pihak berkuasa tempatan tentang pencerobohan dan penyalahgunaan status tanah di Bukit Jugra?
226) PEMBINAAN 64 BUAH RUMAH KOS RENDAH DAN 4 BUAH KEDAI KOS RENDAH UNTUK BEKAS PEKERJA LADANG SUNGAI BELATA HULU SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan atau keputusan dibuat oleh Kerajaan Negeri mengenai sekumpulan seramai 64 bekas pekerja ladang atau waris di Sungai Belata Hulu Selangor yang telah menurunkan tandatangan Perjanjian Jual Beli (S&P) dengan Tetuan Syarikat Lembah Beringin S/B anak Syarikat Land and General Bhd pada Tahun 2001, di mana Tetuan Syarikat Lembah Beringin berjanji akan membina 64 buah rumah teres kos rendah, 4 buah kedai kos rendah, kuil, dewan orang ramai, tapak kubur dan sekolah rendah?
-
Apakah pelan jangka masa panjang dan pendek Kerajaan Negeri bagi menarik pelabur asing masuk ke Selangor?
226) PEMBINAAN LEBUHRAYA BERTOL
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Status terkini kesemua lima projek lebuhraya bertol di Selangor serta pendedahan umum laporan penilaian kesan alam sekitar, sosial dan trafik berkaitan terutama rasional EKVE diberi kelulusan tanpa mempedulikan impak ke atas kawasan hutan simpan dan tadahan hujan.
226) PROSPEK PELABURAN MASUK KE SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Apakah prospek yang menarik pelabur masuk ke Selangor?
-
Apakah pelan jangka masa panjang dan pendek Kerajaan Negeri bagi menarik pelabur asing masuk ke Selangor?
226) NAMA JALAN-JALAN UTAMA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor masih belum menamakan beberapa jalan-jalan utama menggunakan nama tokoh-tokoh daripada PARTI DAP, Pas dan juga PKR?
-
Apakah sebab-sebab Jalan Barat di Petaling Jaya telah berjaya ditukar oleh Kerajaan Negeri Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menamakan lebih banyak nama-nama jalan utama yang diambil daripada nama tokohtokoh Parti DAP, PAS & PKR?
226) BAYARAN BALIK PAMPASAN SERTA BAIK PULIH KEROSAKAN RUMAH-RUMAH AKIBAT PEMBINAAN LRT
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah bayaran balik pampasan serta baik pulih kerosakan rumah- rumah akibat pembinaan LRT disekitar DUN Seri Serdang?
226) LOT-LOT KEDAI TERBIAR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan untuk mempromosikan kedai-kedai terbiar yang begitu banyak di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa yang telah berlarutan sejak sekian lama?
-
Adakah bangunan kedai-kedai terbiar yang tidak dapat dimajukan tetapi mempunyai pemilik juga perlu membayar cukai pintu?
226) PENUKARAN STATUS TANAH “LEASEHOLD” KEPADA “FREEHOLD”
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah kriteria yang digunapakai untuk permohonan penukaran status tanah daripada 'leasehold' kepada 'freehold'?
-
Perlukah 100% persetujuan diperolehi oleh semua pemilik rumah sesebuah taman perumahan untuk tujuan (a)?
-
Bilakah permohonan ini boleh dibuat? Contoh : 10 tahun, 5 tahun atau 3 tahun sebelum tarikh luput?
226) KEDAULATAN INSTITUSI RAJA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memastikan kedaulatan institusi raja di Selangor terpelihara dari sebarang penghinaan?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri kepada individu yang sengaja mempersoalkan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor?