226) SKIM SMART-SEWA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah penyewa yang menerima manfaat skim ini mengikut tempoh?
-
Nyatakan lokasi rumah dan jumlah unit untuk yang mengikuti skim ini?
226) PROGRAM MENGHAYATI AL-QURAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan merancang untuk menjalankan program penghayatan Al-Quran agar terdapat peningkatan yang nyata dalam pemahaman dan amalan warga kerja di seluruh SUK?
226) INSENTIF BAS SEKOLAH KEPADA ANAK KAMPUNG
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Bagaimana Program Pemberian Insentif Bas Sekolah kepada anak kampung dilaksanakan di seluruh Selangor dan nyatakan implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri pada tahun ini?
226) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Pemutihan kilang haram tidak bergerak lancar, kerana kadar premium yang perlu dibayar oleh tuan punya kilang semasa penukaran taraf tanah dari pertanian ke industri adalah amat tinggi . Walaupun bayaran diskaun ada ditawarkan, tetapi tuan punya kilang tidak sempat untuk mendapatkan pinjaman bank dalam tempoh tawaran yang berikan. Apakah perancangan baru Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah ini?
226) PROJEK PKNS PENYEBAB BANJIR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai garis panduan yang perlu dipatuhi oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor seperti PKNS agar mematuhi peraturan dan syarat di dalam laporan EIA sebelum melaksanakan projek pembangunan terutamanya untuk mengatasi masalah banjir?
226) BINGKAS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah permohonan, jumlah diluluskan dan jumlah peruntukan yang telah disalurkan untuk program BINGKAS dari tahun 2020 hingga tahun 2024.
226) INISIATIF PEDULI RAKYAT
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan program IPR yang telah dibatalkan atau yang telah dikurangkan dari segi kuota penerima?
-
Apakah rasionalnya bantuan itu dibatalkan atau dikurangkan?
226) ISU PALONG YANG UZUR DAN TIDAK DAPAT BERFUNGSI BAIK TERUTAMA DI MUSIM PENANAMAN PADI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
-
Ketika ini di kawasan Sungai Burong lebih memburukkan keadaan terdapat vandalisme dilakukan kepada palong-palong ini sedangkan proses penggantiannya masih belum dijalankan. Bilakah secara spesifiknya rancangan ini akan dilaksanakan?
226) RUMAH IBADAH BUKAN ISLAM
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak jumlah pemberian tanah bagi mendirikan rumah ibadah bukan Islam sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah?
-
Berapakah jumlah bantuan kewangan untuk mendirikan rumah ibadah atau ubahsuai tempat ibadah bukan Islam ini?
226) KUARTERS KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Nyatakan dengan terperinci jumlah dan nilai kuarters yang dipegang atas nama Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, agensi-agensi kerajaan negeri dan lain-lain? Adakah kesemua kuarters ini masih di atas nama Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, agensi-agensi kerajaan negeri dan lain-lain?
-
Adakah di antara kuarters ini telah dilupuskan. Jika ada, kepada siapa, harga dan sebab ianya dilupuskan?
-
Sejak tahun 2008 berapa banyakkah kuarters yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi-agensi Kerajaan Negeri dan lain-lain untuk kakitangannya.?