225) LITTLE INDIA OF KLANG
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menggazet Jalan Tengku Kelana sebagai ÒLittle India of Negeri SelangorÓ?
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menamakan beberapa jalan di Kawasan Tengku Kelana, Klang di atas nama-nama tokoh dan orang kenamaan India bagi menjadikan Jalan Tengku Kelana Klang sebagai ÒLittle India of Negeri SelangorÓ
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membina satu Pusat Kebudayaan India di kawasan Tengku Kelana Klang sebagai ÒLITTLE INDIAÓ di Negeri Selangor ini?
225) PENCEMARAN SUNGAI-SUNGAI DI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah status pencemaran sungai-sungai utama di Selangor? Bagaimana JPS memantau perkara berkaitan? Nyatakan peruntukkan (Persekutuan dan Negeri) bagi tangani perkara ini bermula tahun 2005 sehingga kini.
225) KEBAJIKAN PEKERJA LADANG
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah kebajikan yang telah diberikan oleh kerajaan Negeri kepada pekerja ladang?
-
Berapakah pendapatan tetap isi rumah bagi setiap keluarga pekerja ladang?
-
Bagaimana kerajaan negeri menjamin hak dan kebajikan setiap pekerja ladang?
225) PROJEK FLAT BLOK E, PJS1, PETALING JAYA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembinaan Blok E di tapak gantian?
-
Butirkan kronologi kes ini
225) PEROBOHAN TEMPAT KEDIAMAN PEGAWAI MASJID LAPANGAN TERBANG SUBANG
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan atau keputusan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri mengenai isu rumah kediaman dua orang pegawai masjid di Lapangan Terbang Subang yang diarahkan oleh Malaysian Airports Holding Berhad (MAHB) diminta untuk mengosongkan kediaman tersebut?
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat menghulurkan bantuan mencari tapak rumah baru untuk kedua-dua pegawai masjid?
225) KESAN WABAK COVID-19 TERHADAP EKONOMI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Sejauh mana ekonomi negeri Selangor terjejas akibat wabak Covid-19?
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk merangsang pemulihan ekonomi akibat wabak tersebut?
225) PROGRAM ILTIZAM
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menambahkan lagi kuota Bingkas dan mengadakan semula hadiah perkahwinan belia?
225) WIFI #SMARTSELANGOR PERCUMA (IPR 14)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan purata jumlah pengguna IPR 14 dalam sebulan mengikut kawasan hotspot.
-
Nyatakan jumlah pendaftaran penggunaan IPR 14 sejak ia diwujudkan mengikut bangsa.
225) SUMBANGAN KEPADA UNISEL
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dan jumlah peruntukan yang disumbangkan kepada Universiti Selangor untuk menggalakkan penyelidikan dan pembangunan, inovasi dan bagi tujuan harta intelek?
225) PENANGKAPAN ANJING LIAR DI SETIAP PBT
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah Standard Operating Procedure (SOP) yang harus diikuti oleh setiap PBT untuk melakukan operasi tangkapan anjing liar di kawasan pentadbiran masing-masing?
-
Sila menyatakan jumlah operasi tangkapan yang telah dijalankan oleh setiap PBT bagi tahun 2015, 2016 sehingga bulan Oktober 2017.
-
Apa yang akan dilakukan oleh setiap PBT jikalau anjing liar yang tidak dituntut dalam tempoh masa yang ditetapkan?