225) MASALAH BANJIR KILAT TIADA PENGHUJUNG
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Beberapa lokasi di Dun Sementa antaranya Teluk Kapas, Taman Sementa Jaya, Batu 7, Taman Juta, Jalan Benteng Kapar dan Taman Seri Kerayong kekal menghadapi masalah yang sama. Apakah perancangan dan bila derita rakyat ini akan berakhir?
225) KONTRATOR PEMBERSIHAN PBT
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi kerja kontraktor pembersihan PBT pada masa ini?
-
Butirkan pencapaian pelaksanaan penggunaan pekerja dalaman untuk mengganti kontraktor pembersihan di setiap PBT.
225) PEMBINAAN SEKOLAH RENDAH AGAMA DI BANDAR TASIK PUTERI KUANG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
-
SRA Kerajaan di BTP tidak dapat menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat. Bilakah SRA baru akan dibuka bagi membolehkan anak-anak bersekolah agama terutamanya golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu untuk membayar yuran sekolah agama swasta?
225) TANAH-TANAH PERKUBURAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah komposisi dari segi kaum tanah-tanah perkuburan yang terdapat di seluruh Negeri Selangor dan apakah nama-nama tanah-tanah perkuburan tersebut?
-
Apakah komposisi dari segi kaum jumlah tanah-tanah perkuburan di seluruh Negeri Selangor yang mempunyai kemudahan sistem pembakaran mayat atau ÒcrematoriumÓ?
-
Setakat ini apakah jenis-jenis bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi tanah-tanah perkuburan setiap kaum tersebut?
225) PROGRAM AIR PERCUMA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Bilakah program air percuma akan dilaksanakan?
-
Bagaimanakah kita mengenal pasti golongan B40 yang berlayak menerima air percuma?
-
Sekiranya program ini menggunakan sistem E-Kasih, bagaimanakah ia dilaksanakan semasa E-Kasih masih mengalami masalah teknikal untuk mengenal pasti golongan B40 di negeri Selangor?
225) PROGRAM ILTIZAM
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menambahkan lagi kuota Bingkas dan mengadakan semula hadiah perkahwinan belia?
225) PERPADUAN MASYARAKAT BERBILANG BANGSA DI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perpaduan
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan inisiatif atau program Kerajaan Negeri bagi memupuk perpaduan rakyat Selangor yang berbilang bangsa.
-
Berapakah jumlah peruntukan daripada Belanjawan Negeri pada 2020, 2021 dan 2022 yang telah digunakan untuk menjayakan program perpaduan di bawah Kerajaan Negeri Selangor?
225) LITTLE INDIA OF KLANG
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menggazet Jalan Tengku Kelana sebagai ÒLittle India of Negeri SelangorÓ?
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menamakan beberapa jalan di Kawasan Tengku Kelana, Klang di atas nama-nama tokoh dan orang kenamaan India bagi menjadikan Jalan Tengku Kelana Klang sebagai ÒLittle India of Negeri SelangorÓ
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membina satu Pusat Kebudayaan India di kawasan Tengku Kelana Klang sebagai ÒLITTLE INDIAÓ di Negeri Selangor ini?
225) PENCEMARAN SUNGAI-SUNGAI DI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah status pencemaran sungai-sungai utama di Selangor? Bagaimana JPS memantau perkara berkaitan? Nyatakan peruntukkan (Persekutuan dan Negeri) bagi tangani perkara ini bermula tahun 2005 sehingga kini.
225) KEBAJIKAN PEKERJA LADANG
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah kebajikan yang telah diberikan oleh kerajaan Negeri kepada pekerja ladang?
-
Berapakah pendapatan tetap isi rumah bagi setiap keluarga pekerja ladang?
-
Bagaimana kerajaan negeri menjamin hak dan kebajikan setiap pekerja ladang?