224) JUMLAH BANTUAN KEBAJIKAN KEPADA PENDUDUK MISKIN DAN BERPENDAPATAN RENDAH MELALUI PROGRAM ILTIZAM SELANGOR DI KAWASAN SG BURONG SEPANJANG 2023
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah bantuan kebajikan yang telah diagihkan kepada penduduk miskin dan berpendapatan rendah di kawasan Sungai Burong sepanjang tahun 2023 menerusi Program Iltizam Selangor? Mohon senaraikan bantuan Kebajikan yang telah diagihkan.
224) LEMBAGA URUS AIR NEGERI SELANGOR (LUAS)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan struktur, pasukan pengurusan dan pengarah luas di bawah kepimpinan yang baharu?
-
Apakah hala tuju dan strategi LUAS untuk masa hadapan selepas pelantikan Menteri Besar yang baharu?
224) MASALAH BANJIR DI SELAYANG BARU
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Bilakah kerajaan dapat melaksanakan sepenuhnya projek pembesaran Sungai Udang di Selayang Baru terutama di jalan 62.jalan 23,jalan 11C dan juga kawasan-kawasan persekitarannya yang sering berlaku banjir kilat apabila hujan?
224) POLIS DI KUALA LANGAT
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilangan anggota polis di Daerah Kuala Langat mengikut pangkat dan jawatannya.
-
Sila nyatakan bilangan kenderaan / motosikal / balai bergerak yang ada di Daerah Kuala Langat
224) PERUNTUKAN JKKK
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah peruntukan yang diberikan kepada setiap JKKK di negeri Selangor mengikut daerah dan apakah mekanisme pemberian peruntukan tersebut?
-
Apakah garis panduan untuk menggunakan peruntukan tersebut agar peruntukan berkenaan digunakan dengan sebaiknya?
-
Apakah jumlah peruntukan untuk pembangunan kampung cina dalam tahun 2009 mengikut daerah?
224) BAGI MENINGKATKAN ATAU MENAIK TARAF SEMUA PBT SUPAYA IANYA LEBIH KEHADAPAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah ada pemilihan atau pertukaran Ahli-Ahli Majlis di PBT negeri Selangor selepas berakhir tempoh perkhidmatan mereka akhir Jun ini?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil bagi memastikan pelantikan Ahli-Ahli Majlis di PBT kali ini terdiri dari mereka yang betul-betul mantap dan bertanggung jawab yang dapat menjalankan tugas mereka dengan baik
-
Apakah pula tindakan yang diambil untuk memulihkan prestasi Kakitangan & PegawaiPegawai Kerajaan Negeri termasuk juga Ahli-Ahli Majlis juga Ketua-Ketua Kampong yang menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan dalam perkhidmatan mereka?
224) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah permohonan Rumah SelangorKu dari kalangan belia yang diluluskan pada tahun 2014-2015?
-
Adakah Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk melonggarkan syarat permohonan bagi golongan belia berpendapatan rendah?
224) MEMBINA KOMPLEKS SUKAN PELBAGAI GUNA
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah ada perancangan Kerajaan Negeri untuk membina kompleks sukan pelbagai guna di dalam DUN Taman Templer
225) PENURUNAN CUKAI PINTU
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri di bawah PR hendak menurunkan cukai pintu, rakyat amat berharap ianya dapat diturunkan, ianya dapat meringankan bebanan kehidupan rakyat sekarang dalam keadaan ekonomi yang lembap ini?
225) TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL SG. SEDU, KUALA LANGAT
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sanitary Landfill Tanjung Dua Belas telah dibuka dan digunakan bagi menggantikan tapak pelupusan sisa pepejal Sg. Sedu, Kuala Langat. Akan tetapi, tapak pelupusan di Sg.Sedu ini yang tidak digunakan lagi, tidak diuruskan dengan baik misalnya sampah tidak ditutup dan sebagainya. Oleh sebab itu, tapak tersebut masih mengeluarkan bau busuk dan terus menjejas kehidupan penduduk berhampiran. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini?
-
Apakah langkah-langkah pencegahan dan teknologi yang akan digunakan oleh kerajaan negeri untuk mengelakkan masalah yang sama berlaku di Sanitary Landfill Tanjung Dua Belas?