224) PENYEDIAAN PARKIR DI HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha menyelesaikan masalah parkir di hospital dan klinik kesihatan yang dihadapi oleh rakyat Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan memberi kelulusan segera sekiranya ada permohonan untuk membina kawasan parkir di hospital dan klinik kesihatan?
224) ADUAN PENCEMARAN BAU TERHADAP SYARIKAT CN ASIA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
MBSJ telah menerima aduan pencemaran bau dan bunyi pada bulan Julai 2024 dan telah membawa aduan ini ke mahkamah, apakah tindakan daripada JAS memandangkan kes ini juga dipanjangkan ke JAS?
-
Apakah tindakan serta-merta boleh dilakukan untuk menghentikan pencemaran seperti ini?
224) RUMAH KOS RENDAH
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan nama ADUN, ahli politik atau pegawai kerajaan/PBT (samada bekas atau semasa) yang memiliki rumah kos rendah di Selangor.
-
Apakah tindakan yang telah diambil ataupun yang akan diambil terhadap mereka yang disenaraikan dalam para (a) di atas? Jika tiada, mengapa?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa penjualan/pembelian rumah kos rendah diberikan kepada rakyat miskin yang berkelayakan?
224) PERKUBURAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Adakah status tapak perkuburan tanpa kebenaran di daerah Hulu Langat?
-
Apakah status tapak baru perkuburan bukan Islam di daerah Hulu Langat?
-
Apakah status tapak perkuburan tanpa kebenaran di daerah Hulu Langat?
224) PELANCONGAN DAERAH GOMBAK
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan tema dan produk pelancongan di daerah Gombak?
-
Apakah strategi kerajaan negeri untuk meningkat kemudahan pelancongan dan kehadiran pelancong ke daerah ini?
224) TANAH RANCANGAN FELDA DI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Berapakah tanah rancangan FELDA yang terdapat dalam negeri Selangor serta apakah keluasan setiap satu dan melibatkan berapa peneroka?
-
Apakah permasalahan yang dihadapi oleh para peneroka di tanah-tanah rancangan FELDA tersebut dan bagaimana kerajaan negeri boleh bantu?
224) GARIS PANDUAN GATED AND GUARDED DI TAMAN PERUMAHAN DI BAWAH KAWALAN PBT
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila membekalkan garis panduan terbaru untuk mewujudkan Program Gated and Guarded di kawasan taman perumahan untuk Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
-
Sila menyatakan senarai nama pertubuhan/ persatuan yang mendapat kelulusan mengadakan Program Gated and Guarded di kawasan DUN Balakong di bawah kawal selia Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
-
Adakah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) meluluskan permohonan Pesatuan Penduduk-penduduk Bandar Damai Perdana 2 bagi tujuan mengadakan Program Gated and Guarded di Seksyen 7, Seksyen 9 dan Seksyen 10, Bandar Damai Perdana, Cheras, Selangor dengan menempatkan pondokpondok pengawal di sebahagian rezab jalan dan juga penutupan jalan awam?
224) PENUKARAN METER AIR OLEH SYABAS
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Huraikan perkembangan terkini berkenaan status pertukaran meter pukal ke meter individu di pangsapuri-pangsapuri di seluruh Selangor?
-
Nyatakan jumlah pangsapuri terlibat dan bilangan meter yang telah ditukar mengikut daerah
224) ASET AIR KERAJAAN SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berakah jumlah aset Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan loji-loji rawatan air di seluruh Selangor?
-
Berapakah jumlah aset Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan Òbalancing reservoirÓ dan Òservice reservoirÓ di seluruh Selangor?
-
Berapakah jumlah aset Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan sistem perpaipan air di seluruh Selangor?
224) SELANGOR SMART BAS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah bas di bawah program Selangor Smart Bas dan laluan yang terlibat?
-
Berapakan statistik penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini sejak inisiatif Selangor Smart Bas dilancarkan?