223) BEKALAN AIR PERCUMA 20 METER PADU

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah dana yang telah dibelanjakan untuk melaksanakan pemberian air percuma 20 meter padu sehingga bulan April 2012 ?

  2. Berapa peratuskah bilangan keseluruhan rumah-rumah di Negeri Selangor ini yang menikmati skim bekalan air percuma ini ?

  3. Apakah faktor-faktor yang menghalang sesebuah rumah itu mendapat kemudahan air percuma ini ?

223) PELABURAN DI ANJUNG UTARA SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi merancakkan pelaburan di Anjung Utara Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah fokus utama pelaburan yang dirancang di Daerah Kuala Selangor dan bagaimanakah pelaburan ini akan memberi manfaat kepada rakyat setempat?

    Klik jawapan »

223) AIR SELANGOR SDN BHD

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Bilakah Air Selangor akan mengambil alih operasi Syabas?

    Klik jawapan »

  2. Adakah tarif air akan naik, dan jika ya, bila?

  3. Dalam tahun pertama, berapa KM paip yang disasarkan akan ditukar di kawasan Petaling Jaya?

223) PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Selangor menawarkan sebarang kursus / program / bengkel untuk rakyat Selangor untuk pembelajaran sepanjang hayat?

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan senarai kursus / program/ bengkel tersebut.

    Klik jawapan »

223) MASALAH PARKIR KOMPAUN DAN SAMPAH DI TAMAN ORKID

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan pihak PBT dalam menyelesaikan isu masalah kompaun parkir kepada penghuni di Taman Orkid ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan dalam menangani isu longgokan sampah yang banyak di Taman Orkid?

    Klik jawapan »

223) NELAYAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jeti persendirian, jeti persatuan, dan jeti dari agensi di daerah Sabak Bernam?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak jeti-jeti yang mempunyai permit dan tidak mempunyai permit di daerah Sabak Bernam serta senaraikan jeti-jeti tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Berapa jumlah kebun kerang yang dimiliki oleh nelayan di daerah Sabak Bernam khasnya dan umumnya di negeri serta berapakah jumlah pengeluaran benih kerang di Selangor semenjak 5 tahun lepas?

    Klik jawapan »

223) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis


  1. Sila kemukakan senarai nama serta maklumat pemohon Rumah Selangorku yang berjaya dipilih.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peratus pemohon yang berjaya dipilih ialah wanita?

    Klik jawapan »

  3. Sila kemukakan maklumat lengkap serta tarikh siap pembangunan Rumah Selangorku yang telah diluluskan.

    Klik jawapan »

223) AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN KEBERSIHAN AWAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut


  1. Apakah pandangan Kerajaan Negeri untuk menandatangi Akta 672?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kelebihan dan kekurangan jika menandatangi Akta 672?

    Klik jawapan »

  3. Apakah peranan Kerajaan Negeri sekiranya telah menandatangi akta ini?

    Klik jawapan »

223) PENGAMBILAN TANAH REZAB MELAYU

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Mohon YAB Dato' Menteri Besar mempertimbangkan semula atau membatalkan pengambilan 27 lot Tanah Rizab Melayu di Kampung Sesapan Minangkabau/Kampung Sungai Jai, Beranang kerana ia menghakis jumlah Tanah Simpanan Melayu melalui penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960. Kira-kira 53,6012 meter persegi tanah kepunyaan orang-orang Melayu di kampung itu diambil bagi kegunaan membina jalanraya Taman Senangin (nama lama:Bandar Akademia) yang terletak di Negeri Sembilan. Sebagai makluman, surat bantahan penduduk telah dikemukakan kepada YAB Dato' Menteri Besar pada 10 Disember 2014 namun dukacita sehingga kini belum mendapat jawapan.

    Klik jawapan »

  2. Melainkan hanya menguntungkan pemaju bagi kegunaan Taman Senangin yang terletak di Negeri Sembilan dan bersempadan dengan negeri Selangor, apakah manfaat yang dinikmati oleh tuan empunya tanah dan penduduk setempat? Penduduk di kawasan berkenaan tidak memerlukan jalan raya baru kerana jalan sedia ada sudah memadai.

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah pampasan yang dibayar kepada 77 pemilik tanah yang terlibat dengan keluasan 53,601.62 meter persegi itu? Setakat ini, tuan empunya tanah yang terlibat belum lagi menerima pampasan tetapi sebahagian tanah mereka telah "diceroboh" oleh pemaju pada Januari lalu.

    Klik jawapan »

223) KAMPUNG ORANG ASLI DI BUKIT KOMANDOL DUN TELUK DATUK

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Difahamkan bahawa, kerajaan telah membina banglo-banglo dan juga akan membayar wang pampasan sebanyak RM 100,000 hingga RM 300,000 untuk setiap keluarga orang asli di Bukit Komandol. Mereka telah menyalahgunakan wang pampasan yang belum diterima ini untuk membeli minuman keras dan dadah secara kredit. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini?

  2. Kebanyakan daripada mereka tidak bekerja, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini?

  3. Sebahagian besar kanak-kanak orang asli ini tidak dihantar ke sekolah. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan?