223) PERKEMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri telah merancang dan membentuk jawatankuasa bagi memastikan program Tahun Melawat Selangor 2015 dilaksanakan dengan jayanya?
-
Nyatakan 10 pusat pelancongan yang paling digemari oleh pelancong dalam dan luar negeri di negeri Selangor
-
Senaraikan perbelanjaan sebenar yang telah digunakan bagi menaiktaraf tempat-tempat pelancongan di Hulu Selangor.
223) TENAGA KERJA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar KNS terhadap tenaga kerja warga asing di Selangor, sila nyatakan?
-
Berapakah ramaikah bilangan pekerja ini diambil oleh anak-anak syarikat KNS, berikan perincian?
-
Apakah ada mekanisme yang diambil oleh KNS bagi memantau pekerja warga asing di Selangor, sila nyatakan.
223) HAK MILIK STRATA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah pembangunan berstrata yang masih belum menerima hak milik strata selepas serahan kunci?
-
Apakah tindakan penguatkuasaan yang diambil kepada pemaju bersalah?
-
Perincikan statistik penguatkuasaan tersebut?
223) INDUSTRI KECIL
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Nyatakan dasar kerajaan negeri terhadap industri kecil terutama di kawasan luar Bandar, yang mampu menjadi sumber pendapatan, menyediakan peluang pekerjaan serta menarik pelaburan di kawasan berkaitan.
223) KILANG HARAM
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Pencemaran air di Semenyih, adakah ia berpunca daripada kilang haram?
-
Sudah banyak pemutihan dibuat, kenapa masih wujud kilang haram?
-
Apakah jaminan kerajaan supaya perkara ini tidak berulang lagi?
223) BANTUAN BARU SECARA HOLISTIK
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Memandang masalah bebanan meningkat kepada keluarga miskin terutama bagi kaum bukan Melayu selepas dasar GST, apakah inisiatif kerajaan membantu mereka?
-
Bagaimanakah ADUN boleh manfaat daripada inisiatif tersebut?
223) PENSWASTAAN PAPAN IKLAN DI TEPI JALAN RAYA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Penswastaan papan iklan di tepi jalan raya merupakan sumber pendapatan bagi negeri dan PBT. Apakah dasar kerajaan dalam penswastaan tersebut dan apakah pecahan pendapatan mengikut syarikat swasta bagi tahun 2000-2007?
-
Siapakah Lembaga Pengarah yang terdapat pada syarikat-syarikat kontraktor tersebut?
-
Adakah kerajaan akan kaji semula dasar penswastaan papan iklan dan menggubal semula garis panduan pembinaan papan iklan
223) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah permohonan pendaftaran rumah mampu milik di negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2013.
-
Daripada jumlah tersebut berapakah yang telah dapat ditawarkan rumah mampu milik ?
-
Nyatakan projek-projek perumahan mampu milik yang dilaksanakan dalam tempoh 2014 hingga 2018, pemaju-pemaju yang terlibat, lokasi projek tersebut dan jumlah untuk rumah yang akan dibina.
223) PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Memandangkan polisi Undi18 telah dilaksanakan, apakah rancangan kerajaan untuk menyambut pengundi baru ini?
223) PENCEROBOH TANAH
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Penceroboh tanah kerap berlaku di kawasan Bandar Country Homes, Sungai Bakau dan Batu Arang, nyatakan tindakan yang telah diambil dan akan diambil.
-
Apakah kekangan yang dihadapi oleh pihak Kerajaan atas isu penceroboh tanah?
-
Nyatakan SOP tindakan atas aduan penceroboh tanah.