222) SEKOLAH RUKUN NEGARA PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah taburan demografik pelajar yang menghadiri Sekolah Rukun Negara peringkat negeri Selangor?
-
Apakah kriteria pemilihan peserta SRN?
-
Apakah program susulan "follow up" dengan peserta SRN agar penerapan semangat kenegaraan dan nilai-nilai yang diajar lebih efektif antara peserta?
222) STATISTIK WANITA SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Berapa bilangan jumlah Wanita yang duduk di Negeri Selangor? Sila senaraikan mengikut daerah.
-
Berapa jumlah wanita yang duduk di kawasan perbandaran dan di luar bandar/desa?
-
Berapa daripada jumlah wanita yang telah habiskan sekolah menengah berbanding dengan lelaki di Selangor?
222) PEMBINAAN LEBUHRAYA LEMBAH KLANG TIMUR (EKVE)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan butir-butir kerja pembinaan lebuhraya lembah klang timur (EKVE).
-
Berapakah keluasan dan pengambilan tanah hutan simpan yang terlibat dalam projek pembinaan tersebut?
-
Sehingga kini berapakah peratusan siap dibina?
223) VAKSIN REMAJA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah vaksin komuniti diperuntukkan bagi tujuan vaksin remaja 12 tahun dan ke atas?
223) INDUSTRI AEROANGKASA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Mulut
-
Apakah hala tuju kerjasama Kerajaan Negeri bersama agensi-agensi kerajaan lain dalam membangunkan sektor Aeroangkasa?
223) MEMPERTINGKATKAN PRESTASI UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah kaedah audit dalaman yang dilakukan bagi menjamin prestasi UNISEL?
-
Hingga kini sudah berapa kalikah penilai luar berwibawa dijemput membuat penilaian terhadap UNISEL dan apakah hasilnya?
-
Berapakah ratio pelajar bagi setiap tenaga pengajar di UNISEL?
223) PROGRAM WANITA LADANG (WALA)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan program-program yang berjalan di bawah WALA?
-
Nyatakan impak yang diterima oleh penerima manfaat?
-
Nyatakan statistik jumlah penerima manfaat program mengikut DUN?
223) COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Impak dari PKP COVID-19, bagi semua masjid di DUN Hulu Kelang untuk Mac, April dan Mei 2020, berpandukan purata kutipan bulanan tahun 2019, nyatakan kehilangan hasil disebabkan tiada solat Jumaat.
223) PROJEK PKNS
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Berapakah projek perumahan PKNS yang telah dilaksanakan dari tahun 2008 hingga 2018?
-
Nyatakan syarat-syarat untuk memiliki rumah PKNS
223) OPERASI PENGUATKUASAAN PENJAJA DAN PENIAGA KECIL TANPA LESEN PBT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan jumlah tindakan saman dan operasi penguatkuasaan yang telah dijalankan oleh setiap PBT pada tahun 2016 sehingga setengah tahun 2017 terhadap penjaja-penjaja dan peniaga-peniaga kecil tanpa lesen berniaga di Pasar Pagi dan Pasar Malam.
-
Apakah tindakan susulan yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap peniaga dan penjaja tanpa lesen yang degil dan ingkar yang melakukan kesalahan berulangan?