222) JAWATANKUASA TETAP ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status dan agenda terkini Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Selangor.
-
Siapakah pemegang taruh yang telah terlibat dalam perancangan Jawatankuasa ini dalam menangani perubahan iklim setakat Jun 2022?
222) PERMOHONAN PERMIT PENIAGA KECIL
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah PBT membantu para peniaga kecil dalam permohonan permit mereka?
-
Adakah PBT mempunyai rancangan supaya setiap permit yang mendapat kelulusan perlulah membuat gerai mengikut spesifikasi PBT supaya gerai-gerai ini akan lebih cantik dan bersih.
222) BANTUAN BENCANA ALAM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Berapakah nilai bantuan bencana alam yang kerajaan sediakan untuk mangsa ribut dan banjir yang terjejas?
-
Apakah Kerajaan Negeri berpuas hati dengan nilai bantuan tersebut?
-
Adakah perancangan untuk membuat kajian semula berkenaan dengan menaikkan nilai bantuan?
222) TANAH PERSENDIRIAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah penyelesaian terhadap isu salah guna tanah persendirian yang digunakan sebagai tempat transit pasir dari luar Negeri Selangor?
222) KEMPEN NO PLASTIC
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang membatalkan kempen ini?
-
Berapakah kadar pengurangan penggunaan plastik bagi aktiviti membeli belah harian di negeri Selangor?
-
Tidakkah kerajaan negeri bercadang penguatkuasaan penggunaan plastik mudah terurai 'biodegrade' jika pengguna membayar 20 sen?
222) SUKAN AIR ‘WATER RAFTING’
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan Empangan Sg Selangor memudahkan aktiviti sukan air Òwater raftingÓ dijalankan berikutan aduan mengenai perlepasan air yang tidak menentu menyebabkan para pendayung sukar menjangka aliran dan paras air di Sg Selangor?
222) PERUNTUKAN SJK CINA DAN SJK TAMIL
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Sila menyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada setiap SJK Cina dan SJK Tamil mengikut susunan Tahun sejak 2008 sehingga bulan Mac 2013 mengikut daerah masing-masing di Negeri Selangor.
222) TUNGGAKAN KEPADA KONTRAKTOR-KONTRAKTOR KUTIPAN SAMPAH DAN PEMBERSIHAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak tunggakan yang PBT masih berhutang dengan kontraktor- kontraktor kutipan sampah dan pembersihan semasa zaman Alam Flora sehingga sekarang? Nyatakan amaun dan PBT berkenaan?
-
Apakah tren keseluruhan pembayaran kepada kontraktor oleh setiap PBT? Adakah tunggakan ini semakin bertambah atau semakin berkurangan?
222) GAGASAN SMART SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan secara terperinci konsep dan matlamat gagasan tersebut?
-
Sila nyatakan jangkaan tempoh masa yang diperlukan bagi merealisasikan gagasan tersebut?
-
Sila nyatakan apakah peranan utama MBI dalam perancangan mencapai matlamat Gagasan Smart Selangor?
222) TABIAT MEROKOK RAKYAT SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah kategori dan tahap kronik tabiat merokok di kalangan rakyat Selangor?
-
Apakah kesan-kesan buruk tabiat merokok terhadap sosio-ekonomi dan kesihatan rakyat Selangor?
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk mewujudkan bangunan bebas rokok di premis-premis awam di Selangor?