221) KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kampung-kampung Melayu dalam negeri Selangor yang telah selesai dan belum selesai dipindahkan dari tempoh 15 tahun lepas akibat daripada kekeliruan status hak milik tanah mengikut tahun?
-
Senaraikan secara terperinci berapa buah kampung tradisi Melayu, kampung baru Cina dan India yang terlibat dalam kekeliruan status hak milik tanah ini dan mempunyai potensi akan dipindahkan atas faktor pembangunan/kemajuan seperti Kampung Berembang,Koskan Tambahan, Desa Mukmin Warisan dan lain-lain?
-
Apakah plan jangka masa pendek dan jangka masa panjang di pihak kerajaan terhadap tanah-tanah, rumah-rumah dan perkampungan yang terlibat?
221) PEMBINAAN JALAN KERETAPI DI KAWASAN TAMAN SUNGAI SIREH
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk penduduk-penduduk Taman Sungai Sireh seramai 89 keluarga yang mana rumah mereka akan dirobohkan tidak lama lagi untuk pembinaan jalan keretapi yang akan di bina oleh ECRL?
221) PENYEWAAN FLAT KOS RENDAH
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Apakah peraturan untuk pemilik rumah kos rendah individu untuk menjual atau menyewanya (bukan rumah PPR tetapi rumah kos rendah yang dibina oleh pemaju)
-
Apakah seksyen undang-undang yang ada untuk perkara di atas
221) PERBELANJAAN UNTUK PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak peruntukan keseluruhan yang diperlukan untuk membiayai pendidikan agama Islam di Selangor pada tahun 2015?
-
Berapa banyak lagi dijangka diperlukan setahun sekiranya ianya ditawarkan secara percuma?
221) LANTIKAN KLINIK SEBAGAI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN SELVAX
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapa klinik di Negeri Selangor telah dilantik untuk memberi suntikan vaksin SELVAX?
-
Mengapa Kerajaan Negeri tidak mempelawa semua klinik di Negeri Selangor untuk mengambil bahagian sebagai pusat pemberian vaksin?
-
Apakah terma dan syarat bagi klinik di Selangor untuk menjadi PPV?
221) SEKTOR KESIHATAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Situasi denggi dan chikugunya sangat di katakan sangat membimbangkan. Apakah status kedua-dua penyakit ini di Negeri Selangor?
-
Berikan statistik kedua-dua penyakit ini termasuk jumlah kematian sekiranya ada
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini?
221) KUTIPAN CUKAI TANAH DAN PREMIUM
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran kutipan kedua-dua cukai tanah dan premium untuk tahun 2020 dan 2019?
-
Berapakah banyak yang telah dikutip oleh kerajaan sehingga sekarang untuk tahun 2020 dan jumlah kutipan keseluruhan untuk tahun 2019?
221) PERANCANGAN MEMPERKENALKAN PROGRAM LATIHAN DAN KEUSAHAWANAN BAGI MENINGKATKAN TAHAP EKONOMI PENDUDUK DI SUNGAI BURONG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan perancangan-perancangan Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan program latihan kemahiran dan keusahawanan bagi meningkatkan tahap ekonomi penduduk di Sungai Burong.
221) PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya( MBPJ) mempunyai program lengkap untuk aktiviti pembasmian kemiskinan di bandar. Adakah semua PBT di Selangor mempunyai program yang sedemikian
-
Apakah sumbangan Kerajaan Negeri kepada programÐprogram yang sedemikian?
-
Apakah tatacara yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri untuk memantau dan menilai pencapaian program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh PBT?
221) GERAN MARRIS
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan usaha Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan MARRIS untuk baik pulih sistem saliran longkang bagi pencegahan banjir dan denggi.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyalurkan sebahagian peruntukan MARRIS secara "outright grant" supaya agensi pelaksana boleh bertindak cepat terhadap aduan yang diterima?