221) TUNTUTAN AIR PERCUMA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali
Kategori: Mulut
-
Ugutan beliau untuk menyaman rakyat Selangor disebabkan mereka menuntut air percuma seperti yang dijanjikan. Menteri Besar dilaporkan enggan membayar tunggakan air percuma bagi penghuni rumah pangsa dan kondominium yang menggunakan meter pukal. Wajarkah rakyat dibawa ke mahkamah kerana membuat tuntutan air percuma seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat menjelang PRU ke 12?
-
Setakat manakah kemajuan kerja menukarkan meter pukal kepada meter persendirian di negeri ini?
221) KAWALAN PENGEMBANGAN AGAMA KEPADA ORANG ISLAM
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah kerajaan negeri untuk memastikan kawalan pengembangan agama selain Islam kepada orang Islam?
-
Sejauh manakah kejayaan langkah perundangan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan selama ini?
221) BANTUAN BAIK PULIH PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Senaraikan pangsapuri yang menerima bantuan tersebut dan kos perbelanjaan yang terlibat
-
Apakah kriteria pertimbangan dalam pemberian bantuan tersebut?
-
Berapakah bilangan pangsapuri dalam kawasan MPKj yang mendapat bantuan tersebut?
221) LESEN KEDAI SERBANEKA DI DALAM SUNGAI BULOH-KAJANG MASS RAPID TRANSIT (SBK LINE-MRT)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan senarai nama kedai serbaneka yang beroperasi di kawasan concourse yang merangkumi station-station kawasan Negeri Selangor sahaja.
-
Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh peniaga untuk mendapatkan lesen perniagaan PBT di kawasan tersebut?
-
Berapakah jumlah bayaran lesen perniagaan dikenakan bayaran tiap-tiap kedai serbaneka oleh setiap PBT?
221) INSENTIF SUBSIDI RAWATAN PSIKIATRI
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Berapakah slot rawatan Insentif Subsidi Rawatan Psikiatri yang telah digunakan dan peruntukan yang dibelanjakan setakat Februari 2023?
-
Apakah pecahan umur, jantina dan kaum pengguna insentif ini?
-
Berapa pengguna yang telah disalurkan kepada klinik Selcare dan/atau pakar psikiatri untuk intervensi lanjut?
221) PENTERNAKAN MODEN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi kerajaan untuk menggalak dan membantu para penternak khinzir di Selangor untuk bertukar kepada penternakan moden memandangkan cadangan ini telah lama dibentangkan tetapi masih belum dilaksanakan sepenuhnya demi memastikannya kelestarian bekalan daging dan penstabilan harga daging di pasaran?
221) PROGRAM IKHTISASS
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah bidang-bidang strategik yang menjadi fokus Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan program IKHTISASS, khususnya untuk memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi.
221) PENURAPAN JALAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Penurapan jalan tertakluk kepada skop yang telah ditetapkan khususnya ketebalan. Nyatakan jumlah penurapan yang tidak diluluskan mengikut PBT.
-
Apakah denda yang dikenakan kepada kontraktor-kontraktor terbabit?
221) KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kampung-kampung Melayu dalam negeri Selangor yang telah selesai dan belum selesai dipindahkan dari tempoh 15 tahun lepas akibat daripada kekeliruan status hak milik tanah mengikut tahun?
-
Senaraikan secara terperinci berapa buah kampung tradisi Melayu, kampung baru Cina dan India yang terlibat dalam kekeliruan status hak milik tanah ini dan mempunyai potensi akan dipindahkan atas faktor pembangunan/kemajuan seperti Kampung Berembang,Koskan Tambahan, Desa Mukmin Warisan dan lain-lain?
-
Apakah plan jangka masa pendek dan jangka masa panjang di pihak kerajaan terhadap tanah-tanah, rumah-rumah dan perkampungan yang terlibat?
221) LESEN TOL
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan lesen TOL yang telah diberikan kepada individu mengikut DUN?
-
Berapakah bilangan penerima lesen TOL ini yang telah menyewakan semula tanah tersebut kepada pihak ketiga?
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Pejabat Daerah terhadap mereka ini?