220) INDUSTRI KELULUT
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memajukan industri kelulut di Negeri Selangor?
-
Senaraikan perusahaan yang telah dilaksanakan setakat ini.
-
Perincikan hasil dapatan keuntungan dan kerugian.
220) RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI BULOH
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
-
Apakah ada kelulusan lanjutan masa (EOT) untuk Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Buloh yang terkini?
-
Jika ada, bilakah tarikh baharu dan apakah jaminan ia dapat disiapkan mengikut tempoh yang diluluskan?
-
Apakah terdapat perubahan skop kerja atau kekal?
220) TRANS-PACIFIC PARTNERSHIP AGREEMENT (TPPA)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan syarikat-syarikat dari negara TPP yang melabur di Negeri Selangor, nyatakan jenis peniagaan/projek dan nilai pelaburan.
-
Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memitigasi risiko bab Investor-state dispute settlement (ISDS) di TPPA?
220) PARAS EMPANGAN AIR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini paras air Empangan di Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil kerajaan negeri bagi memastikan bekalan air mentah mencukupi sekiranya berlaku krisis air di Selangor?
220) BANJIR TAMAN DELIMA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan susulan terhadap pemaju MEX 2 yang pembangunan mereka menyebabkan insiden banjir di kawasan tersebut kerap dan berulang?
-
Adakah terdapat penyelarasan antara pihak Kerajaan Negeri dengan pusat berkenaan isu ini? Jika ya, apakah bentuknya?
220) PERUNTUKAN DUN SG. PELEK
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah wang peruntukkan telah diluluskan kepada DUN Sg. Pelek pada tahun 2008?
-
Wang peruntukan digunakan untuk tujuan dan program apa dan berikan jawapan secara detail
-
Tahun 2009 berapa jumlah wang akan diluluskan untuk DUN Sg. Pelek?
220) PENJAJA TANPA LESEN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah kerajaan telah berjaya menangani masalah tersebut dalam tempoh 5 tahun yang lalu ( 2015-2019 ) ?
-
Berapakah jumlah dan lokasi PTL di N39 Kota Damansara ( MBPJ-Zon 3,4 , MBSA-Zon 17,18,24 )
221) PERBELANJAAN UNTUK PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak peruntukan keseluruhan yang diperlukan untuk membiayai pendidikan agama Islam di Selangor pada tahun 2015?
-
Berapa banyak lagi dijangka diperlukan setahun sekiranya ianya ditawarkan secara percuma?
221) PENYEWAAN FLAT KOS RENDAH
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Apakah peraturan untuk pemilik rumah kos rendah individu untuk menjual atau menyewanya (bukan rumah PPR tetapi rumah kos rendah yang dibina oleh pemaju)
-
Apakah seksyen undang-undang yang ada untuk perkara di atas
221) SEKTOR KESIHATAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Situasi denggi dan chikugunya sangat di katakan sangat membimbangkan. Apakah status kedua-dua penyakit ini di Negeri Selangor?
-
Berikan statistik kedua-dua penyakit ini termasuk jumlah kematian sekiranya ada
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini?