220) PERSIAPAN MENGHADAPI RAMALAN CUACA LEMBAP
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Apakah persiapan Kerajaan Negeri bagi menghadapi ramalan hujan berpanjangan dan Fenomena Air Pasang Besar antara November 2022 hingga Mac 2023?
-
Apakah implikasi kepada rakyat atas pengumuman Darurat Iklim sekiranya berlaku?
220) STATUS PEMBINAAN LEBUHRAYA PANTAI BARAT (WEST COAST EXPRESSWAY) DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Minta menyatakan status kerja Projek pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway) di Seksyen 1 : Banting I/C - SKVE I/C ; Seksyen 2 : SKVE I/C - SAE I/C ; Seksyen 6 : Kapar I/C - Assam Jawa I/C dan Seksyen 7 : Assam Jawa I/C - Tanjong Karang I /C.
-
Sila menyatakan butir-butir jumlah kos pembinaan untuk setiap seksyen tersebut, berapakah jumlah jejantas dibina dan masa untuk menyiapkan projek pembinaan?
220) LONGGOKAN SAMPAH HARAM MASIH BANYAK DAN AKTIF PADA LOKASI SAMA DI DUN MERU. BAGAIMANA PENGUATKUASAAN DIBUAT?
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan Ôhot spotÕ longgokan di Jalan Meru, Jalan teratai dan keseluruhan Zon 42a, 42b & 42c? Senaraikan.
-
Berapa kes kompaun telah dikeluarkan? Senaraikan.
-
Apakah pelan tindakan jangka panjang mengatasi masalah ini?
220) KES Warga Asing
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik penguatkuasaan serta kes belum selesai berkaitan penjaja warga asing mengikut PBT dari Januari 2020 sehingga Ogos 2020.
220) KEMUDAHAN WIFI PERCUMA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri menambahkan lokasi kemudahan WIFI percuma selain daripada 112 lokasi melalui peruntukan Geran Selangorku? Jika tidak, nyatakan sebabnya
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan yang telah digunakan untuk WIFI Selangorku pada tahun 2013 dan tahun 2014
220) PELEBARAN JALAN TAMAN CUEPACS KE TAMAN ALAM JAYA, CHERAS
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Difahamkan pihak Majlis Perbandaran kajang telah menjalankan kerja-kerja pelebaran jalan dari Simpang PGA Ð Cheras ke Taman Alam Jaya melalui Taman Cuepacs. Berapakah jumlah peruntukan projek pelebaran jalan tersebut dan pihak mana yang menyumbang kewangannya?
-
Apakah status projek pelebaran jalan ini yang didapati terlalu lebar dan mengganggu pengguna jalan berkenaan?
220) INDUSTRI KELULUT
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memajukan industri kelulut di Negeri Selangor?
-
Senaraikan perusahaan yang telah dilaksanakan setakat ini.
-
Perincikan hasil dapatan keuntungan dan kerugian.
220) KEMUDAHAN AWAM DI PERUMAHAN PANGSA KOS RENDAH PPRT
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Senaraikan butiran lengkap semua syarikat penyelenggaraan dan rumah pangsa kos rendah PPRT yang dijaganya
-
Apakah tindakan PBT terhadap syarikat penyelenggaraan PPRT yang gagal membaik pulih kemudahan awam seperti lif, paip dan kutipan sampah di PPRT
-
Sagaimanakah Kerajaan Negeri dapat menempati janji manifesto PRU12, iaitu memberikan subsidi air percuma, 20m3 kepada penduduk PPRT yang menggunakan meter pukal Syabas ?
220) AIR PERCUMA SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: kebajikan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah keluarga di Selangor yang layak menerima Skim Air Percuma Negeri Selangor?
-
Berapa daripada jumlah tersebut sedang menerima skim tersebut?
-
Berapa keluarga Orang Asli dan Ibu Tunggal yang menerima manfaat ini?
220) ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) DALAM SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pangkalan data Orang Kelainan Upaya (OKU) yang ingin bekerja di dalam sektor perkhidmatan awam atau di bawah Kerajaan Negeri Selangor? Sekiranya, sila senaraikan