22) ISU KESUKARAN PENUBUHAN PENGURUSAN JMB DAN MC PANGSAPURI KOS RENDAH DAN SEDERHANA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah bantuan yang diberi kepada pangsapuri kos rendah dan sederhana memandangkan kebanyakan mereka tidak mempunyai jmb yang berfungsi?
-
Selain dari pada bantuan yang secara "one off", adakah kerajaan berhasrat untuk mengambil alih kuasa pengurusan untuk membantu pangsapuri-pangsapuri yang tiada JMB?
22) HAD USIA BELIA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap keputusan menurunkan had usia belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun yang diluluskan dalam Rang Undang-Undang Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 oleh Dewan Rakyat baru-baru ini?
22) UNIT INTEGRITI
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kes aduan yang telah diterima oleh unit integriti di setiap agensi kerajaan sejak penubuhan?
-
Nyatakan untuk setiap agensi ini, berapakah kes aduan yang belum ditutup/diselesaikan.
-
Apakah Standard Operating Procedures (SOP) untuk unit integriti setiap kali aduan diterima?
22) INFRASTRUKTUR DUN RAWANG
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perkembangan projek naik taraf Jalan B27.
-
Nyatakan perkembangan projek naik taraf Jalan FT3209.
-
Nyatakan perkembangan projek naik taraf Klinik Kesihatan Batu Arang.
22) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan impak dan keberkesanan laluan bas Smart Selangor di kawasan luar bandar?
-
Nyatakan kos penyelenggaraan bas Smart Selangor sepanjang tahun 2020 sehingga Jun 2020 mengikut kawasan PBT?
22) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan negeri ada merancang satu Òmaster planÓ untuk pembinaan rumah ibadat selain Islam ?
-
Berapakah pecahan tanah yang diluluskan untuk aktiviti agama Buddha, Hindu, Kristian di seluruh Selangor?
-
Apakah status terkini pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam ?
22) SMUE
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Adakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menaikkan nilai RM100 ke RM200 bagi pemberian baucer SMUE dan Jom Shopping Perayaan memandangkan kos barangan yang naik?
22) AGROPRENEUR MUDA SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan maklumat geran yang telah diluluskan bawah Program Agropreneur Muda Selangor.
-
Bagaimanakah Kerajaan memastikan program ini akan dilaksanakan dengan berjaya?
22) KEDAI MESIN JUDI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah terkini kedai mesin judi yang berlesen dan anggaran yang tidak berlesen mengikut daerah di Selangor
-
Sejauh mana bidang kuasa Kerajaan Negeri untuk membanteras judi haram di Selangor?
-
Berapakah bilangan pengusaha judi haram di Selangor yang telah dikenakan tindakan?
22) MASALAH PENGURUSAN PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Prihatin Selangor telah menyediakan berpuluh ribu rumah kos pangsapuri rendah di bawah Skim Rumah Selangorku. Apakah perancangan Kerajaan Negeri sekiranya pihak JMB atau berkaitan tidak mampu menguruskan rumah-rumah ini akibat yuran penyelenggaraan yang terlalu rendah atau tidak dibayar?