218) PERUNTUKAN AHLI DEWAN NEGERI PEMBANGKANG DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status penggunaan peruntukan RM200,000 Ahli Dewan Negeri Pembangkang.
-
Adakah Kerajaan Negeri menerima sebarang surat rasmi daripada Ahli Dewan Negeri Pembangkang yang menolak penggunaan peruntukan tersebut?
218) Yayasan Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah aset Yayasan Selangor yang ada sehingga Oktober tahun 2020?
-
Nyatakan jumlah yang telah digunakan dalam bantuan biasiswa kepada pelajar yang disumbangkan oleh Yayasan Selangor bagi tahun 2018 - 2020?
218) PENGURUSAN SUMBER ALAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar dan perancangan kerajaan bagi portfolio Pengurusan Sumber Alam tahun 2015?
-
Bagaimanakah pencapaian portfolio ini di tahun 2014?
-
Apakah status pengurusan sumber alam negeri kini?
218) SKIM MIKROKREDIT SELANGOR (SKIMSEL)
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sehingga kini, berapakah jumlah pinjaman yang telah dipinjamkan?
-
Sehingga kini, berapakah jumlah peratus pinjaman yang telah dibayar balik?
218) KEBENARAN MERANCANG PROJEK PR1MA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prosedur permohonan kebenaran merancang.
-
Nyatakan jumlah saman yang dikeluarkan dari 2018-2022 kepada pemaju yang telah memulakan projek pembinaan tanpa kebenaran merancang.
218) PEBT
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah permasalahan yang berlaku hingga kini difahamkan surat pelantikan pengerusi PeBT masih belum selesai? Sila jelaskan secara terperinci khususnya di MPAJ.
-
Nyatakan program-program kerohanian yang telah diberikan ataupun yang dirancang bagi memastikan para belia Muslim tidak terlibat dengan pelbagai gejala sosial.
218) KEJADIAN BANJIR DI BANGI LAMA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Lebih sepuluh tahun tidak berlaku banjir yang teruk di Bangi Lama, tetapi 22 Mac 2008 dan beberapa hari seterunya berlaku banjir yang agak teruk. Apakah punca utama berlakunya banjir pada kali ini?
-
Apakah langkah-Iangkah bagi mengatasinya
-
Adakah sebarang pampasan diberikan kepada mangsa banjir?
218) BENCANA BANJIR SELANGOR 2021/2022
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan untuk mengurangkan risiko banjir di Selangor khususnya jika berlaku hujan lebat berterusan?
-
Berapakah jumlah peruntukan dikeluarkan untuk Bantuan Bencana Banjir?
-
Adakah kerajaan telah membuat post-mortem berkenaan punca dan pengurusan bencana banjir? jika Ya, apakah dapatan kerajaan?
219) SUMBER TENAGA JANA SEMULA (RENEWABLE ENERGY)
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk sumber tenaga jana semula yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri Selangor?
-
Senaraikan kawasan dalam Negeri Selangor mengikut PBT yang berjaya menggunakan sumber jana semula ini.
219) PENGGANTIAN PAIP LEMBAH JAYA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Masalah putus bekalan air disebabkan paip pecah sering dialami. Apakah jadual penggantian paip air di kawasan Lembah Jaya?