218) PERSEDIAAN MENGHADAPI EL-NINO

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah persiapan Kerajaan Negeri bagi mengahadapi fenomena El-Nino atau cuaca panas kering yang dijangka bermula bulan Februari 2024?

    Klik jawapan »

  2. Adakah bekalan bekalan air bersih / bekalan air mentah dapat menampung keperluan rakyat Selangor di sepanjang tempoh fenomena ini berlaku?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah persediaan Kerajaan Negeri untuk mencegah pembakaran terbuka seperti tapak pelupusan sampah, kebun dan tanah gambut yang boleh memburukkan fenomena ini?

    Klik jawapan »

218) PROJEK RUMAH PPR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Mohon Kerajaan Negeri memberikan data, berapakah jumlah projek rumah PPR yang telah dan sedang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri dan berapakah jumlah rakyat Selangor yang telah mendaftar sebagai pemohon?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah yang telah diluluskan permohonannya?

    Klik jawapan »

  3. Adakah terdapat unjuran keperluan rumah PPR di kawasan tertentu?

    Klik jawapan »

218) PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah program-program flagship yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu syarikat-syarikat di Selangor mendapat manfaat optimum daripada CPTPP yang telah diratifikasi oleh Malaysia?

    Klik jawapan »

218) PENDAPATAN KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah pendapatan dan jumlah kewangan terkumpul KDEB pada tahun 2014?

    Klik jawapan »

  2. Apakah sumber-sumber hasil utama yang menjana pendapatan KDEB?

    Klik jawapan »

218) PEMBANGUNAN KEBUDAYAAN DAN AGAMA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar kebudayaan Negeri Selangor dalam mempertingkatkan penghayatan rakyat terhadap kepelbagaian kebudayaan masyarakat kita?

  2. Apakah dasar Kerajaan dalam memperuntukkan tanah dan bajet untuk pembinaan tempat-tempat beribadah dan juga tanah perkuburan?

  3. Apakah insentif yang diperuntukkan untuk institusi atau badan kebudayaan di Negeri Selangor?

218) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN SUKAN BAGI TAHUN 2020

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Kenapa peruntukkan pembangunan sukan dan persediaan SUKMA lebih kecil sedangkan melibatkan lebih dari 30 sukan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah peruntukkan pembangunan sukan ini memadai untuk persiapan menghadapi sukan Malaysia dan menyasarkan kejuaraan sedangkan kebanyakan Negeri pesaing memperuntukkan lebih 10 juta untuk persiapan mereka?

    Klik jawapan »

218) STATUS TAPAK REHAT DAN RAWAT SABAK BERNAM YANG DIPINDAHKAN

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut


  1. Apakah status tapak rehat dan rawat Sabak Bernam yang telah dipindahkan dari tapak asal ke Tapak baru di Taman Air Manis Perdana?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan memajukan tapak hentian rehat dan Rawat tersebut dengan pembangunan lain?

    Klik jawapan »

218) NAMA-NAMA JALAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Apakah nama-nama jalan dan jalan raya di seluruh Negeri Selangor yang menggunakan nama-nama tokoh politik dan siapakah tokoh-tokoh politik tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menamakan lebih banyak lagi jalan-jalan dan jalan raya menggunakan nama tokoh-tokoh politik pada masa hadapan dan siapakah yang menjadi pilihan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kriteria-kriteria yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Selangor di dalam pemilihan nama-nama tokoh politik yang bakal diabadikan sebagai nama-nama jalan dan jalan raya di dalam Negeri Selangor ini kelak?

    Klik jawapan »

218) KEBERSIHAN GERAI PENJAJA MAKANAN DI DUN MERU

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah gred kebersihan gerai dan persekitaran terutama gerai kelompok MPK di Jalan Kenangan, di Pekan Meru dan sekitarnya telah dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Berapa kekerapan pemeriksaan kebersihan gerai dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah gred kebersihan juga melibatkan gerai-gerai persendirian?

    Klik jawapan »

218) KUMPULAN DARUL EHSAN (KDEB)

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kontraktor yang melapor kepada KDEB?

    Klik jawapan »

  2. Apakah pecahan kontraktor mengikut DUN?

    Klik jawapan »

  3. Adakah cadangan untuk melantik semua kerja pembersihan di PBT pindah ke KDEB?

    Klik jawapan »