218) PEBT
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah permasalahan yang berlaku hingga kini difahamkan surat pelantikan pengerusi PeBT masih belum selesai? Sila jelaskan secara terperinci khususnya di MPAJ.
-
Nyatakan program-program kerohanian yang telah diberikan ataupun yang dirancang bagi memastikan para belia Muslim tidak terlibat dengan pelbagai gejala sosial.
218) PROJEK EAST COAST RAIL LINE (ECRL)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Mulut
-
Apakan status kemajuan Projek East Coast Rail Line (ECRL) di Selangor dan Hulu Selangor?
-
Apakah rancangan dan penaiktarafan infrastruktur yang akan dilaksana bagi menjadikan Hulu Selangor sebagai Hub Pengangkutan Darat Negara?
-
Bagaimana ECRL memberi manfaat kepada pelabur dan penduduk setempat?
218) PERSEDIAAN MENGHADAPI EL-NINO
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah persiapan Kerajaan Negeri bagi mengahadapi fenomena El-Nino atau cuaca panas kering yang dijangka bermula bulan Februari 2024?
-
Adakah bekalan bekalan air bersih / bekalan air mentah dapat menampung keperluan rakyat Selangor di sepanjang tempoh fenomena ini berlaku?
-
Bagaimanakah persediaan Kerajaan Negeri untuk mencegah pembakaran terbuka seperti tapak pelupusan sampah, kebun dan tanah gambut yang boleh memburukkan fenomena ini?
218) PROJEK RUMAH PPR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Mohon Kerajaan Negeri memberikan data, berapakah jumlah projek rumah PPR yang telah dan sedang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri dan berapakah jumlah rakyat Selangor yang telah mendaftar sebagai pemohon?
-
Berapakah yang telah diluluskan permohonannya?
-
Adakah terdapat unjuran keperluan rumah PPR di kawasan tertentu?
218) PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah program-program flagship yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu syarikat-syarikat di Selangor mendapat manfaat optimum daripada CPTPP yang telah diratifikasi oleh Malaysia?
218) PENDAPATAN KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pendapatan dan jumlah kewangan terkumpul KDEB pada tahun 2014?
-
Apakah sumber-sumber hasil utama yang menjana pendapatan KDEB?
218) PEMBANGUNAN KEBUDAYAAN DAN AGAMA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar kebudayaan Negeri Selangor dalam mempertingkatkan penghayatan rakyat terhadap kepelbagaian kebudayaan masyarakat kita?
-
Apakah dasar Kerajaan dalam memperuntukkan tanah dan bajet untuk pembinaan tempat-tempat beribadah dan juga tanah perkuburan?
-
Apakah insentif yang diperuntukkan untuk institusi atau badan kebudayaan di Negeri Selangor?
218) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN SUKAN BAGI TAHUN 2020
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Kenapa peruntukkan pembangunan sukan dan persediaan SUKMA lebih kecil sedangkan melibatkan lebih dari 30 sukan?
-
Adakah peruntukkan pembangunan sukan ini memadai untuk persiapan menghadapi sukan Malaysia dan menyasarkan kejuaraan sedangkan kebanyakan Negeri pesaing memperuntukkan lebih 10 juta untuk persiapan mereka?
218) STATUS TAPAK REHAT DAN RAWAT SABAK BERNAM YANG DIPINDAHKAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah status tapak rehat dan rawat Sabak Bernam yang telah dipindahkan dari tapak asal ke Tapak baru di Taman Air Manis Perdana?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan memajukan tapak hentian rehat dan Rawat tersebut dengan pembangunan lain?
218) NAMA-NAMA JALAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah nama-nama jalan dan jalan raya di seluruh Negeri Selangor yang menggunakan nama-nama tokoh politik dan siapakah tokoh-tokoh politik tersebut?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menamakan lebih banyak lagi jalan-jalan dan jalan raya menggunakan nama tokoh-tokoh politik pada masa hadapan dan siapakah yang menjadi pilihan?
-
Apakah kriteria-kriteria yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Selangor di dalam pemilihan nama-nama tokoh politik yang bakal diabadikan sebagai nama-nama jalan dan jalan raya di dalam Negeri Selangor ini kelak?