217) SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN CINA DI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah tapak tanah bagi penubuhan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) baru telah dikenalpasti? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Adalah Kerajaan Selangor berhasrat meningkatkan bantuan kepada SMPC memandangkan Kerajaan Sarawak memberi bantuan sebanyak RM10 juta setahun kepada SMPC di Sarawak?
217) SISTEM PENGALIRAN DAN SALIRAN BERKESAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan pelan sistem perparitan total untuk seluruh DUN Selat Klang
-
Sertakan anggaran peruntukan yang diperlukan untuk memastikan sistem perparitan termasuk pemantauan penyelenggaraan dipatuhi.
217) BANTUAN PENGUPAYAAN KEPADA AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah bantuan pengupayaan yang diberikan kepada setiap ADUN Selangor dari 2014-2015.
-
Bagaimanakah kaedah penyaluran bantuan tersebut dan prestasi perbelanjaan?
217) PKNS
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Kenapakah sistem tender dibuat bagi pembelian rumah kedai. Sila huraikan
-
Rungutan dari orang ramai sistem ini menyebabkan rakyat sederhana sukar untuk membeli rumah kedai ini. Apakah kerajaan akan mengubah polisi ini.
-
Nyatakan peratusan rumah kedai yang di bangunkan oleh PKNS yang di jual kepada syarikat-syarikat besar ?
217) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pengambilalihan dan penukaran pihak pengurusan Puncak Niaga, Syabas, Abass dan Splash?
-
Apakah beza peranan UPEN dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan pembinaan dan penyelenggaraan aset air di Selangor
-
Adakah Kerajaan Negeri sanggup melepaskan pengambilalihan Splash?
217) HUTAN KUALA LANGAT UTARA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah selesai menggazet semula hutan Kuala Langat Utara sebagai hutan simpan?
217) MASALAH PENCEMARAN BAU BUSUK OLEH LADANG TERNAKAN AYAM MILIK SYARIKAT LAY HONG BERHAD DAN EVERGREEN ORGANIK FERTILISER S/B
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Walaupun sudah berulang kali masalah pencemaran bau busuk ini dibangkitkan sejak tahun 2005 hingga sekarang namun masih tiada tindakan dan penyelesaian,apakah puncanya?
-
Sila nyatakan dengan jelas kenapa pihak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) gagal dan tidak berani mengarahkan kilang yang mendatangkan bau busuk itu ditutup atau dipindah ?
-
Kerajaan lama ternyata gagal dalam menyelesaikan masalah pencemaran bau busuk tersebut. Oleh itu, apakah tindakan yang bakal diambil oleh Kerajaan baru ?
217) JOM SHOPPING
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah objektif-objektif yang hendak dicapai oleh kerajaan bagi program ini?
-
Berapa ramaikah sehingga kini menurut DUN warga emas yang telah terlibat dalam program ini?
-
Di kawasan-kawasan DUN manakah program ini masih belum dijalankan?
217) PENTADBIRAN PEJABAT DAERAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai mekanisma penyelarasan antara pejabat-pejabat daerah bagi mengatasi masalah yang timbul berkaitan dengan kelulusan lesen kuari, lesen pengeluaran pasir dan isu laluan lori-lori yang merentas daerah?
217) KOMPLEKS SUKAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor merancang untuk membina sebuah Kompleks Sukan di bahagian selatan bawah DUN Sg Pelek memandangkan bilangan penduduk yang semakin bertambah ?