216) SKANDAL PORT KLANG FREE-ZONE (PKFZ)
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dalam Lembaga Pelabuhan Kelang?
-
Siapakah yang menjadi Ahli Lembaga mewakili Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini
-
Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor dapat menjaga kepentingan negeri dalam isu PKFZ
216) SUMBANGAN GLC UNTUK PROGRAM CSR KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah sumbangan GLC di atas keuntungannya pada tahun 2018 untuk program-program 'Corporate Social Responsibility (CSR) dan Kerajaan Negeri?
-
Nyatakan penyumbang-penyumbang GLC dan penggunaannya.
216) PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM DI KAWASAN MPKJ
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Apakah bentuk pemantauan kerja-kerja kontraktor pembersihan awam dalam kawasan MPKj?
-
Bagaimanakah bentuk laporannya?
-
Berapa kerapkah pemantauan dibuat?
216) PROGRAM AGRO PRIHATIN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan yang digunakan dalam program agro prihatin setakat ini?
-
Senaraikan DUN yang terlibat dalam program agro prihatin.
216) JALAN KAJANG BYPASS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan agensi yang bertanggungjawab di sepanjang Jalan Kajang Bypass.
-
Apakah rancangan jangka pendek dan panjang kerajaan untuk mengatasi kesesakan di jalan ini?
216) PENGANGKUTAN LRT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah mencapai satu persetujuan dengan Kerajaan Persekutuan ataupun mana-mana agensinya mengenai cadangan sambungan laluan LRT Ampang dan Kelana Jaya? Sila berikan butir-butir.
-
Adakah laluan-laluan ini akan berubah memandangkan terdapat bantahan daripada sesetengah penduduk dan apakah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada para penduduk ini?
-
Sudahkah Kerajaan Negeri membeli tanah/tempat letak kereta bagi laluan LRT ini? Sila berikan butir-butir
216) TINDAKAN BAGI MENGATASI MASALAH BANJIR KILAT
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku di seluruh Kawasan Klang?
-
Apakah sebab-sebab berlakunya banjir kilat yang terlalu kerap di seluruh kawasan Klang?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor setakat hari ini untuk mengatasi masalah banjir di Kawasan Klang?
216) BELIA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pendaftaran melalui program Pembangunan Belia Negeri Selangor mengikut pecahan DUN?
-
Berapakah jumlah aktiviti PeBT mengikut pecahan DUN pada 2014?
-
Apakah usaha-usaha kerajaan bagi menambah jumlah ahli belia yang berdaftar agar menyemarakkan lagi aktiviti-aktiviti PeBT?
217) JAMBATAN KETIGA
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membina jambatan ketiga di Sungai Klang memandangkan Kerajaan Persekutuan enggan membinanya?
-
Apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi kesesakan jalanraya di kedua-dua jambatan buat ketika ini walaupun keduadua jambatan tersebut dapat berfungsi penuh
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi kesesakan jalanraya di Bandar Klang pada masa kini?
217) PASAR PAGI TAMAN MUDA, AMPANG
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Dalam siding lepas EXCO telah mengumumkan segala kerja-kerja pengurusan dan pembersihan pasar pagi perlu diuruskan oleh PBT masing-masing. Pada setakat ini Pasar Pagi Taman Muda masih diuruskan oleh pengurus swasta, apakah tindakan dari pihak EXCO?