216) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah perbelanjaan bagi Program Tuisyen Rakyat Selangor dari tahun 2010 hingga 2015?
-
Berapakah jumlah pelajar yang mengikuti Program Tuisyen Rakyat Selangor mengikut pecahan kaum?
-
Berapakah peratus keberkesanan Program Tuisyen Rakyat Selangor di sepanjang dijalankan?
216) KENAIKAN CUKAI PINTU
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Apakah keperluan pentaksiran senarai nilaian baru Cukai Pintu di Selangor?
-
Adakah Pihak Berkuasa Tempatan merancang untuk menaikkan kualiti servis sejajar dengan kenaikan cukai pintu?
216) PEMBANGUNAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) MERBAU SEMPAK, SUNGAI BULOH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
-
Bilakah projek naik taraf SRA Merbau Sempak ini akan dilaksanakan?
-
Berapakah jumlah anggaran kos pembinaan sekolah baharu ini?
-
Bilakah projek ini dijangka akan dimulakan?
216) USAHA MENINGKATKAN PENCAPAIAN PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI SELURUH SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Adakah masih ada PBT yang masih belum melaksanakan program pengumpulan minyak masak terpakai pada 2014?
-
Apakah program dan kaedah yang digunakan MBPJ sehingga merekodkan pengumpulan minyak masak terpakai yang tinggi pada 2013?
-
Apakah usaha yang dilakukan kerajaan Negeri bagi terus menggalakkan dan meningkatkan pencapaian pelaksanaan pengumpulan minyak masak terpakai ini sepanjang 2015?
216) KOREKAN PENGELUARAN TANAH MERAH DI KG BUKIT KERAYONG, KG BUKIT KAPAR DAN KG BUKIT CHERAKAH JAYA DUN MERU
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Adakah disyaratkan had kuantiti, keluasan, kedalaman tanah dan tempoh masa setiap permit dikeluarkan?
-
Senaraikan setiap permohonan yang mendapat permit atas lot persendirian dan rizab jalan sejak tahun 2008 hingga 2016
-
Bagaimanakah dikenalpasti pemindahan tanah berpermit?
216) INDUSTRI TERNAKAN BABI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Baru-baru ini Kerajaan Negeri memaklumkan akan membuat pelaburan RM100 juta dalam industri ternakan babi secara kaedah moden. Apakah rasional Kerajaan Negeri membuat pelaburan begitu banyak dalam industri ternakan babi?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membuat pelaburan tambahan?
-
Adakah Kerajaan Negeri mengambil kira sensitiviti kaum agama Islam sebelum membuat pilihan kawasan yang dikenal pasti menjalankan industri ternakan babi secara moden
216) PENUNGGANG MOTOSIKAL E HALING
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah persediaan dan perancangan Kerajaaan Negeri dalam menerima peningkatan penunggang motosikal E haling yang dijangka meningkat dengan pengenalan syarikat Gojek?
216) PROJEK PERUMAHAN DI LUAR KAWASAN MAJLIS
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Sebahagian kawasan DUN Meru terutama Kg Bukit Kapar dahulunya adalah kawasan di luar kawasan Majlis Perbandaran Klang yang merupakan banyak pembinaan projek perumahan tidak mengikut standard undang-undang. Apakah bentuk bantuan kepada pembeli dan pemaju bagi menyelesaikan masalah dari segi mendapatkan sijil CF dan kemudahan PBT?
216) PERLOMBONGAN PASIR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Senaraikan lokasi perlombongan pasir yang masih beroperasi di Selangor?
-
Senaraikan daerah, keluasan, jumlah royalti dan nama syarikat yang diluluskan untuk mengorek pasir di Selangor pada tahun 2014 dan 2015?
216) PUSAT DIALISIS
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor merancang untuk menubuhkan Pusat Dialisis di DUN Sungai Pelek atas keprihatinan kerajaan terhadap kesihatan dan kesejahteraan rakyat?