216) USAHA MENINGKATKAN PENCAPAIAN PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI SELURUH SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Adakah masih ada PBT yang masih belum melaksanakan program pengumpulan minyak masak terpakai pada 2014?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program dan kaedah yang digunakan MBPJ sehingga merekodkan pengumpulan minyak masak terpakai yang tinggi pada 2013?

    Klik jawapan »

  3. Apakah usaha yang dilakukan kerajaan Negeri bagi terus menggalakkan dan meningkatkan pencapaian pelaksanaan pengumpulan minyak masak terpakai ini sepanjang 2015?

    Klik jawapan »

216) INDUSTRI TERNAKAN BABI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Baru-baru ini Kerajaan Negeri memaklumkan akan membuat pelaburan RM100 juta dalam industri ternakan babi secara kaedah moden. Apakah rasional Kerajaan Negeri membuat pelaburan begitu banyak dalam industri ternakan babi?

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membuat pelaburan tambahan?

  3. Adakah Kerajaan Negeri mengambil kira sensitiviti kaum agama Islam sebelum membuat pilihan kawasan yang dikenal pasti menjalankan industri ternakan babi secara moden

216) PENUNGGANG MOTOSIKAL E HALING

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut


  1. Apakah persediaan dan perancangan Kerajaaan Negeri dalam menerima peningkatan penunggang motosikal E haling yang dijangka meningkat dengan pengenalan syarikat Gojek?

    Klik jawapan »

216) PROJEK PERUMAHAN DI LUAR KAWASAN MAJLIS

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Sebahagian kawasan DUN Meru terutama Kg Bukit Kapar dahulunya adalah kawasan di luar kawasan Majlis Perbandaran Klang yang merupakan banyak pembinaan projek perumahan tidak mengikut standard undang-undang. Apakah bentuk bantuan kepada pembeli dan pemaju bagi menyelesaikan masalah dari segi mendapatkan sijil CF dan kemudahan PBT?

216) PERLOMBONGAN PASIR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan lokasi perlombongan pasir yang masih beroperasi di Selangor?

  2. Senaraikan daerah, keluasan, jumlah royalti dan nama syarikat yang diluluskan untuk mengorek pasir di Selangor pada tahun 2014 dan 2015?

216) KES JENAYAH DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah kes jenayah yang dilaporkan di Selangor pada tahun 2015 mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk mengekang peningkatan kes jenayah di Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah jenayah di Selangor pada 2015?

    Klik jawapan »

216) KOREK PASIR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Berapa lamakah tempoh permit pengorek pasir di dalam satu kawasan di jalankan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kontraktor yang sama boleh menyambung permit tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kontraktor dibenarkan mengeluarkan pasir diluar kawasan permit yang dibenarkan?

    Klik jawapan »

216) PENYELENGGARAAN JALAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan atau peranan Kerajaan Negeri dalam memastikan JKR menjalankan kerja menurap, penyelenggaraan parit cetek di jalan utama Bukit Kemuning?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan ada penyelarasan diantara agensi PBT, JKR dan JPS untuk memastikan dapat menjalankan kerja?

    Klik jawapan »

216) PUSAT DIALISIS

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor merancang untuk menubuhkan Pusat Dialisis di DUN Sungai Pelek atas keprihatinan kerajaan terhadap kesihatan dan kesejahteraan rakyat?

    Klik jawapan »

216) TUJUAN PENGGANTIAN DERMASISWA KEPADA PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN IKHTISAS BAGI PEGAWAI PENDIDIKAN JAIS

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Bertulis


  1. Difahamkan dermasiswa STAM ditiadakan berdasarkan jawapan bertulis yang lalu, bahkan digantikan kepada program diploma Pendidikan ikhtisas bagi pegawai Pendidikan JAIS. Apakah tujuan diploma ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah justifikasi kepada tindakan tersebut dan adakah ia adalah solusi kepada guru-guru KAFA yang berstatus kontrak?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Fast Track SPM Huffaz Negeri Selangor akan diteruskan dan bagaimanakah pelaksanaannya?

    Klik jawapan »